Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam

July 4, 2022 · Politik

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ‘kuda tua’ dan mengalu-alukan PAS mengambilnya sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 kelak.

Malah, bekas Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed juga menyifatkan pemimpin dan menteri daripada PAS yang menganggotai Kabinet Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah ‘cap ayam’.

Menurutnya beliau tertarik dengan sikap oportunis PAS setiap kali ada sesuatu yang boleh memberi keuntungan kepada parti itu dalam politik, dengan memberi contoh tindakan PAS ‘meminang’ Tajuddin yang dipecat sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Minggu lepas, selepas MP Pasir Salak, Tajuddin dipecat sebagai MT UMNO dan buat sidang media serta dedahkan isu dalaman, dengan pantas Setiausaha Agong PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria pinang kuda tua UMNO itu.

“PAS berikan laluan kerusi Pasir Salak itu kepada Tajuddin untuk bertanding pada PRU-15 nanti atas tiket Perikatan Nasional (PN) dan mewakili PAS.

“Saya tergelak besar bila baca kenyataan kedua-dua pemimpin PAS itu. Memang orang PAS ini sejak dulu lagi suka menangguk di air keruh untuk kepentingan politik biarpun ia serendah level kuda tua.

“Memang tak salahlah saya cop pemimpin dan menteri PAS ni cap ayam. Kalau dah spesies cap ayam jadi mereka akan cari geng yang sama cap ayam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nur Jazlan yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila melabelkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri UMNO paling lemah dalam sejarah berkata, Tajuddin sekarang ini hanya menjadi liabiliti dan tidak membawa keuntungan apa-apa pun kepada UMNO.

Beliau berkata individu seperti Tajuddin yang suka memperlekehkan presiden sendiri, serta suka memalukan parti sendiri sememangnya tidak layak berada bersama UMNO.

“Orang macam ini sudah tak boleh dipercayai sama macam pemimpin PAS yang rakyat terutamanya pengundi Melayu Islam sudah tak percaya lagi dengan macam-macam retorik politik dan penunggang agama selama ini.

“Jadi lebih baiklah Tajuddin terjun bersama labu-labu sayongnya dan hanyut di Sungai Pasir Salak bersama PAS,” kata Nur Jazlan.

Menurutnya UMNO tidak akan rugi, malah berasa lega sekiranya Tajuddin meninggalkan parti dan bersama PAS kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pasir Salak boleh memberi laluan serta peluang kepada pemimpin muda menjadi calon PRU-15.

Beliau turut menggesa UMNO dan BN Pasir Salak melakukan reformasi kepemimpinan dan mungkin bahagian itu boleh menjadi contoh terbaik kepada permulaan proses peremajaan UMNO.

“Tajuddin pun sudah lebih dua dekad jadi Ahli Parlimen Pasir Salak dan macam-macam jawatan dari menteri ke pengerusi GLC hinggalah kepada Duta Khas. Jadi cukuplah tu. Bagilah peluang orang lain nak merasa jadi Ahli Parlimen pula,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Isham koyak, Annuar tak sebut individu dia pula terasa pedas
April 25, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok