Parti Syed Saddiq intai peluang bertanding di Perak

July 3, 2022 · Politik

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengintai peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi MUDA Perak Mutalib Uthman berkata pihaknya menyasarkan kerusi Parlimen dan DUN yang dikenal pasti boleh menang, namun enggan mendedahkan jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu, lapor Bernama.

“MUDA hendak bertanding (PRU15) memang sasarkan untuk menang, bukan sekadar hendak mengisi masa lapang,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri program Kempen MUDA Perak Bergerak di Memory Lane di sini hari ini.

Sementara itu, Mutalib berkata pihaknya kini sedang aktif melaksanakan kempen berkenaan di kesemua 24 kawasan Parlimen di negeri itu dalam tempoh sebulan bermula hari ini.

Beliau berkata kempen itu dilaksanakan secara bersemuka di kawasan tumpuan ramai seperti pasar tani, kawasan riadah selain pendekatan dari rumah ke rumah dan secara dalam talian.

Berita berkaitan
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun, Kelantan kekal
November 23, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak masih meningkat, Selangor sedikit berkurangan
November 10, 2023· Isu semasa
Syed Saddiq didapati bersalah, dijatuhi hukuman penjara dan sebatan
November 9, 2023· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Nazri bidas Zahid jangan memandai-mandai buat keputusan bersendirian
June 21, 2021
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Jika PM bentang bajet gula-gula, PH beri amaran akan tolak
October 4, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok