Presiden parti politik Sabah jual dokumen pengenalan diri ditahan

June 30, 2022 · Isu semasa

Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Mohd Arshad Abdul Mualap dihadapkan di Mahkamah Shah Alam pagi tadi selepas terbabit dalam aktiviti penipuan penjualan kad program pengumpulan data maklumat dokumentasi orang tiada kewarganegaraan.

Mohd Arshad, 46, dan seorang lagi individu Mohamad Amkah Ahmad, 48, ditahan di Subang Jaya, pada 22 Jun lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kedua-dua mereka dipercayai menipu orang tiada warganegara dengan menawarkan kad data dilengkapi pengimbas kod QR sejak awal tahun ini.

“Setakat ini kad data berkenaan dijual antara harga RM500 hingga RM1,000 kepada mana-mana individu yang tidak mempunyai kewarganegaraan.

“Kedua-dua suspek sudah dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan penipuan,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, petang tadi.

Memetik laporan BH, Hamzah berkata kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk mengeluarkan kad pengenalan.

“Justeru saya meminta mana-mana pihak terutama kepada mana-mana individu bukan warganegara supaya tidak tertipu dengan taktik sebegini.

“Kita tidak menolak kemungkinan Mohd Arshad yang mendaftarkan parti pada tahun 2017 dan menjadikan dirinya sebagai Presiden menggunakan parti untuk mendapatkan kepentingan dirinya sendiri dan melakukan kegiatan penipuan ini,” katanya.

Hamzah menerima maklumat mengenai kegiatan penipuan itu daripada individu bukan warga Malaysia ketika berada di luar negara sebelum membincangkannya dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

“Susulan itu Ketua Polis Negara, mewujudkan satu pasukan khas membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor dan Bukit Aman yang kemudiannya melakukan serbuan ini dan menahan suspek,” katanya.

Sebarang urusan permohonan kad pengenalan, hanyalah melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan hanya empat jenis kad pengenalan yang disahkan.

“Kad pengenalan itu adalah kad pengenalan MyKad untuk semua warganegara Malaysia (biru); kad pengenalan Pemastautin Tetap (merah); kad pengenalan warga asing yang bekerja di Malaysia (hijau) dan kad pengenalan (coklat) untuk mereka yang melakukan kesalahan besar,” katanya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok