Naib Presiden UMNO yakin kemelut Zahid-Tajuddin selesai secara baik

June 28, 2022 · Politik

Walaupun pertembungan antara Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat nampak panas, ia tidak akan menyebabkan parti berpecah-belah dan berantakan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid yakin isu dalaman parti tersebut tidak akan berlarutan dan boleh diselesaikan secara kekeluarga walaupun Tajuddin sedang mengkritik hebat Presiden parti, Zahid dengan pelbagai dakwaan yang dilemparkan.

“Atas semangat kekeluargaan, setiap isu dan permasalahan akan diselesaikan sebagai sebuah keluarga.

“UMNO ini adalah sebuah keluarga, setiap masalah kita akan selesaikan atas semangat kekeluargaan,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Berhubung dakwaan dibuat Tajuddin, Mahdzir sebaliknya enggan memberi sebarang komen berhubung isu tersebut.

Semalam dalam satu sidang media khas, Tajuddin mendedahkan pelbagai kepincangan di dalam UMNO, termasuk mengatakan Zahid berbohong mengenai laungan “No DAP No Anwar” sedangkan pemimpin atasan parti memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri (PM) sebelum ini.

Menurut Tajuddin, Zahid juga sebenarnya mempunyai cita-cita mahu menjadi PM, dan penamaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai PM dan “poster boy” Barisan Nasional (BN) sebenarnya hanya umpan supaya disegerakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Tak boleh pakai cerita poster boy ini semua, ini semua umpan… umpan kepada PM supaya dia bersetuju mengadakan pilihan raya (segera).

“Bila ada pilihan raya, dia (Zahid) masih nak bertanding, jadi Presiden parti, kalau menang UMNO, tak menang pun tapi UMNO jadi parti komponen utama dalam kerajaan baharu, dia lah jadi PM,” kata Tajuddin semalam.

Dalam pada itu, Tajuddin juga menggesa supaya Zahid berundur dan melepaskan jawatannya kerana terpalit dengan kes mahkamah yang menyebabkan imej parti tersebut tercalar.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Zahid kekal Presiden, cikgu boleh tarik nafas lega
January 16, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok