Mahkamah lanjut pendengaran rayuan Najib sehari lagi

April 28, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan melanjutkan perbicaraan rayuan kes SRC International Sdn Bhd bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi tempoh sehari lagi, pada 6 Mei ini, lapor Bernama.

Mahkamah telah melanjutkan tempoh pendengaran kes itu oleh kerana pasukan pembelaan Najib tidak dapat menamatkan jawapan mereka kepada kes pendakwaan yang sepatutnya tamat hari ini.

Terdahulu hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil ‘menegur’ pasukan pembelaan Najib, supaya tidak mengulangi apa yang telah mereka hujahkan sebelum ini.

“Kita dengar perkara yang sama berkali-kali. Anda sedang mengulanginya. Kebanyakan isu sudah disentuh, cuba fokus kepada isu yang benar-benar substantif.

“Terus sahaja kepada maksud anda. Buat sesuatu yang boleh lekat dalam fikiran kita, jangan terpesong. Kami sedang mendengar, mendengar dan mendengar.

“Kita tidak tahu sama ada ketika ini ia adalah berkaitan dengan pertuduhan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) atau pecah amanah. Terus kepada perkara utama, yang penting adalah jadikan ia lebih jelas, supaya kita boleh lihat dengan jelas, kalau tidak bercelaru kita semua,” katanya.

Ketika ditanya hakim sama ada peguam boleh menyelesaikan hujah mereka hari ini Harvinderjit Singh menjawab: “Yang Arif, saya perlukan sekurang-kurangnya separuh hari untuk mengemukakan hujah saya, dan selepas itu Tan Sri Muhammad Shafee akan menyentuh mengenai derma Arab”.

Pada ketika itu pendakwa ad hoc Datuk V.Sithambaram berdiri dan secara berseloroh berkata “Jika Yang Arif tidak tegas, kita aka berada di sini sehingga Hari Raya Haji,” dan disambut dengan gelak ketawa di dalam mahkamah.

Hakim Abdul Karim yang mendengar rayuan bersama dengan Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, kemudian menetapkan 6 Mei sebagai hari tambahan kepada pendengaran rayuan Najib.

Asalnya rayuan Najib ditetapkan untuk didengar selama 12 hari dari 5 April hingga 22 April. Kemudian susulan permohonan pasukan pembelaannya, mahkamah memberikan hari tambahan pada 27 dan 28 April.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib setelah mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kedudukan, melibatkan RM42 juta dana SRC International.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok