Ada beberapa nama lagi bakal dipecat UMNO, dakwa Annuar

June 24, 2022 · Politik

UMNO bakal memecat beberapa lagi individu dalam parti itu yang dianggap sebagai musuh politik, dedah Tan Sri Annuar Musa.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu mendakwa penyingkiran Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang dibuat Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya langkah awal kerana akan ada lagi beberapa nama yang bakal menerima nasib sama.

“…pemecatan demi pemecatan berlaku dan difahamkan ada lagi beberapa nama yang sudah dicap sebagai musuh politik, bakal dipecat. Roda politik terus berputar,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Tempat kosong Tajuddin selepas disingkir disusuli dengan lantikan terbaharu, Isham Jalil yang dikenali sebagai budak suruhan Datuk Seri Najib Razak.

Tajuddin juga sebelum ini yang memegang jawatan Pengarah Pilihan Raya UMNO juga dipecat Zahid.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang juga dipecat Zahid sebelum ini berkata tindakan menyingkirkan Ahli MT sebelum berakhir penggal bakal membawa perpecahan dalaman parti dan menimbulkan krisis sesama sendiri.

“Meskipun ada peruntukan bagi Presiden memecat Ahli MT yang dilantik Presiden, namun tindakan itu tidak membawa kebaikan malah jarang dilakukan oleh mana-mana Presiden UMNO.

“Di bawah Tun M (Dr Mahathir Mohamad), terdapat Menteri, Timbalan Menteri dan MT yg menentang beliau secara terbuka, namun tiada sesiapa digugurkan hanya kerana tidak menyokong Presiden,” ujarnya.

Untuk rekod, Annuar disingkir pada Januari lalu selepas dilihat bertentangan pendirian dengan Zahid.

UMNO mengadakan Mesyuarat MT malam ini dan akan membuat ketetapan muktamad berhubung pendirian pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), ia berkemungkinan juga memberi tekanan berterusan terhadap Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
3 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
20 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok