Keputusan kes rasuah Bung Mokhtar dan isteri diketahui 2 September ini

June 24, 2022 · Isu semasa

Keputusan pertuduhan kes rasuah melibatkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette A. Samad akan diketahui pada 2 September ini.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan membuat keputusan sama ada Bung Mokhtar dan Zizie dibebaskan atau dipanggil membela diri atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Bung Moktar, 64, dibicarakan atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi melalui Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati, di sini, antara jam 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Bung Moktar juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette, 44, pula didakwa atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu pada masa, tempat dan tarikh sama.

Tarikh keputusan tersebut ditetapkan Hakim Rozina Ayob selepas mendengar penghujahan pihak pendakwaan dan pembelaan hari ini.

Semasa prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How berhujah Zizie Izette yang merupakan tertuduh kedua mengetahui suaminya ahli politik terkenal yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif FLECRA serta berpengaruh.

Menurut beliau, walaupun mengetahui status suaminya, wanita itu masih memperkenalkan Perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar (saksi pendakwaan ke-25) dan Madhi Abdul Hamid (saksi pendakwaan ke-24) kepada Bung Moktar.

Menurut Chin How, Zizie Izette mendakwa RM2.8 juta yang diterimanya adalah introducer fee, bukannya rasuah.

“Tidak pernahkah Zizie berfikir tentang kesan dan akibat sekiranya beliau menerima RM2.8 juta itu sedangkan wang tersebut adalah berkaitan pelaburan FELCRA Berhad yang mana suaminya adalah Pengerusi bukan Eksekutif ketika itu,” pertikai pihak pendakwaan.

Chin How turut meghujahkan, introducer fee yang diterima Zizie Izette adalah bertujuan untuk mengaburi kaca mata masyarakat.

Pihak pendakwaan selanjutnya berhujah, Zizie Izette tidak melakukan kerja dokumentasi untuk pelaburan FELCRA Berhad atau memegang sebarang jawatan bagi melayakkan dia mendapat RM2.8 juta.

“Selepas wang tersebut diterima, Bung Moktar (tertuduh pertama) dan isterinya tidak pernah memaklumkan kepada ahli Lembaga pengarah FELCRA Berhad tentang penerimaan tersebut.

“Bung Moktar telah menggunakan pengaruhnya melalui perkenalan di antara beliau dan isteri dengan kedua-dua ejen berkenaan serta gagal melaporkan kepada ahli Lembaga FELCRA mengenai perkenalan mereka,” tambah pihak pendakwaan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok