Ismail Sabri beri penjelasan berhubung kekeliruan subsidi minyak masak

June 22, 2022 · Isu semasa

Susulan kekeliruan yang mendakwa kerajaan tidak lagi menanggung subsidi minyak masak, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terpaksa memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

Perdana Menteri menjelaskan dakwaan kerajaan tidak lagi menanggung subsidi minyak masak adalah tidak benar, sebaliknya subsidi minyak masak berpaket masih dikekalkan dengan peruntukan RM4 bilion sepanjang tahun ini.

“Subsidi ditanggung kerajaan untuk minyak masak berpaket bagi membolehkan ia dijual dengan harga RM2.50 sekilogram ketika ini, berbanding harga pasaran sebenarnya iaitu RM9 sekilogram bagi kegunaan domestik.

“Ertinya subsidi minyak masak paket yang bermula sejak Jun 2007 masih dilaksanakan kerajaan hari ini dan tidak ditarik balik seperti digambarkan sesetengah pihak,” katanya ketika sidang media khas hari ini.

Ismail Sabri juga berkata peruntukan subsidi minyak masak tahun ini adalah jauh lebih tinggi berbanding RM500 juta yang diperuntukkan pada 2020 serta RM2.2 bilion pada 2021.

Terdahulu, orang ramai terkeliru dengan dakwaan subsidi minyak masak dimansuhkan sepenuhnya kerajaan kerana ia dibimbangi akan menyebabkan kenaikan harga makanan.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan mengenai pemansuhan subsidi minyak masak tulen botol berkapasiti dua hingga lima kilogram (kg), bermula 1 Julai ini.

Mengulas pengumuman itu, Ismail Sabri menjelaskan, pemansuhan itu hanya membabitkan program subsidi sementara merangkumi minyak masak berbotol bagi 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg, membabitkan peruntukkan berjumlah RM55 juta sebulan.

Jelasnya lagi, program subsidi sementara yang bermula Ogos tahun lalu itu asalnya dikhususkan selama tiga bulan sahaja untuk membantu rakyat yang terkesan ketika pandemik Covid-19, sebelum ia dilanjutkan setiap tiga bulan, kemudian sehingga kini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan terpaksa memansuhkan program itu selepas mendapati minyak masak botol bersubsidi banyak diselewengkan pihak industri, komersial dan aktiviti penyeludupan.

“Berbanding minyak masak paket, minyak masak botol dilihat lebih mudah diseludup. Jika 10 botol minyak masak botol bersubsidi 5kg diseludup, ia bererti sudah 50kg.

“Melihat kepada penyelewengan yang berlaku, kerajaan memutuskan tiada lagi keperluan untuk meneruskan subsidi minyak masak botol kerana ia tidak tidak lagi menepati objektif ia diperkenalkan untuk membantu golongan terkesan pandemik,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri menegaskan subsidi minyak masak paket adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat, khususnya golongan B40.

“Minyak masak yang disubsidi oleh kerajaan ialah sebanyak 60,000 tan metrik sebulan, melebihi keperluan sebenar pengguna iaitu sebanyak 55,000 tan metrik sebulan.

“Jadi, jumlah minyak masak yang disubsidi oleh kerajaan mencatatkan lebihan 5,000 tan metrik sebulan berbanding keperluan sebenar pengguna. Jadi, tiada sebab ia tidak mencukupi,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok