Rakaman video Bella cedera, diselamatkan saksi ditayang di mahkamah

June 17, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini ditunjukkan dua rakaman video yang memaparkan kecederaan dialami remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella yang diselamatkan oleh seorang saksi.

Dua video berdurasi enam minit 32 saat dan 41 saat itu dimainkan semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas pada perbicaraan kes Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, lapor Bernama.

Kedua-dua video tersebut telah dianalisis oleh saksi pendakwaan ke-10, Juruanalisa Unit Siasatan Audio Video Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Inspektor Mior Samsul Abd Rahman.

Selepas video itu dipaparkan, mahkamah menangguhkan prosiding selama lima minit bagi memberi ruang kepada Zilfinaz untuk menenangkan diri yang sebak selepas melihat dua video tersebut.

Terdahulu, Mior Samsul dalam pernyataan saksinya berkata pada 22 Julai 2021, beliau menerima permohonan analisis berkaitan kes tersebut dan menerima barang kes iaitu sebuah telefon bimbit jenama iPhone bersama satu sim kad Maxis yang dihantar oleh Inspektor Suhaili Mahad.

“Pada 9 Ogos 2021 pukul 9 pagi, saya telah menjalankan proses mengekstrak data yang dikehendaki dari telefon bimbit itu dengan menggunakan perisian XRY. Fail yang telah dikeluarkan dari telefon bimbit tersebut adalah video berdurasi enam minit 32 saat dan video berdurasi 41 saat,” katanya.

Saksi itu berkata permohonan pegawai penyiasat dalam kes itu adalah untuk menjelaskan gambar kecederaan daripada video bertarikh 24 Jun 2021.

“Saya telah rakam dan menganalisis imej yang dikehendaki dari video yang telah dikeluarkan dari telefon bimbit secara kaedah zooming dan sharpness dengan menggunakan perisian yang dinamakan video investigator.

“Setelah proses analisis selesai, saya telah cetak lapan muka surat imej yang dikehendaki dan menyediakan satu laporan analisis,” katanya.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Izralizam bersambung 29 Jun.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok