Bekas Pengarah UKSB pertahan keterangan beri wang kepada Zahid

June 14, 2022 · Isu semasa

Saksi pendakwaan, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani mempertahan keterangannya memberikan wang kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes perbicaraan rasuah kontrak sistem Visa Luar Negara (VLN) di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Bekas pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) itu tidak bersetuju dengan cadangan peguam Zahid, Hisyam Teh Poh Teik dalam sesi pemeriksaan balas yang mengatakan beliau tidak jujur dan berbohong dalam keterangannya berhubung pemberian wang kepada bekas Menteri Dalam Negeri itu.

Hisyam berkata, konspirasi dilakukan bekas Pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khun dan Wan Quoris serta bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan.

“Saya turut katakan kamu (Wan Quoris) tak beri wang kepada Ahmad Zahid dan kamu berbohong. Kamu bukan seorang yang jujur.

“Kamu tidak boleh dipercayai dan apa yang disebut dalam pernyataan saksi sebelum ini mengenai pemberian wang kepada Ahmad Zahid tidak benar,” katanya dipetik laporan BH.

Bagaimanapun, Wan Quoris Shah yang juga saksi pendakwaan ke-16 menafikan semua cadangan peguam berkenaan.

Terdahulu dalam keterangan sebelum ini, Wan Quoris Shah memaklumkan wang tunai diberi kepada Zahid selepas UKSB diminta menghulur bantuan kewangan sebagai sumbangan politik kepada UMNO.

Beliau berkata Zahid pada masa itu tidak meminta secara terang-terangan tetapi dapat memahami percakapan seolah-olah yang mengharapkan sumbangan wang daripada UKSB.

Pada 18 Mei lalu, Vui Khun yang juga saksi pendakwaan ke-15 mengesahkan syarikatnya menghantar wang tunai setiap bulan dalam mata wang dolar Singapura kepada Zahid dari 2014 hingga 2018 berhubung kontrak sistem Visa Luar Negara (VLN).

Bayaran itu bermula akhir 2014 dengan SG$200,000 sebulan, sebelum meningkat kepada SG$520,000 sebulan pada 2017.

Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Zahid didakwa sebagai menteri sama ketika itu, mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, 15,000 Euro dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Zahid didakwa melakukan semua kesalahan itu di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Ketika pemeriksaan balas oleh Wan Shaharuddin, Wan Quoris Shah memberitahu beliau mampu membeli kenderaan dan kediaman mewah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya dengan nilai keseluruhan kira-kira RM8 juta mengikut pendapatan bulanan lebih RM100,000 sebagai Pengarah UKSB.

Katanya, beliau memegang jawatan itu dari 2013 hingga 2018 dan menerima gaji RM10,000 pada permulaan sebelum meningkat kepada RM30,000 dan RM100,000 sebulan.

“Pendapatan daripada UKSB mencukupi untuk saya membeli kenderaan dan kediaman berkenaan. Saya tak beli guna wang tunai, sebaliknya secara pembiayaan atau pinjaman dari bank,” katanya.

Perbicaraan bersambung Khamis ini.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok