MCA gantung keahlian ahli perniagaan selepas bertemu Dr M

June 13, 2022 · Politik

Susulan langkah bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad Mohamad sebelum ini, MCA bertindak mengambil tindakan disiplin terhadap seorang ahlinya yang juga ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Lee Kim Yew.

Kim Yew seorang taikun terkenal digantung keahliannya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Pejuang dan surat penggantungan sudah dihantar oleh Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon atas arahan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Dalam kenyataan hari ini, Kim Yew berkata selepas berbincang dengan Sin Woon, satu pertemuan dengan Ka Siong bakal diatur kedua-dua pihak.

Kim Yew berpendapat, walaupun keahliannya digantung, beliau masih boleh melakukan bahagiannya untuk menyumbang kepada parti dan masyarakat Cina.

Kedua, Sin Woon juga telah berjanji MCA akan menyiasat berhubung Cheah Chyuan Yong yang dikatakan menyimpan surat Jawatankuasa Pusat MCA yang perlu dihantar kepada Kim Yew untuk menghadiri sesi pendengaran sebelum ini dan menyebarkannya hingga Kim Yew dihubungi media sehari sebelum menerima surat berkenaan.

Mengulas mengenai surat penggantungan itu, Kim Yew tidak bersetuju dengan tindakan MCA dan akan merayu kepada Jawatankuasa Pusat.

Berita berkaitan
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Kalau kita pecat dia untung kerana dapat jadi MP bebas, kata Razali
November 11, 2023· Politik
Iskandar Dzulkarnain digantung keahlian selepas sokong Anwar: Bersatu
November 4, 2023· Politik
Pemuda MCA gesa kerajaan tangani kos sara hidup, syor perkenal GST
October 21, 2023· Politik
Popular
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Jika mahu jadi PM paling singkat, bubarlah Parlimen: Mahfuz
June 5, 2022
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok