Penjual burger dikompaun RM50,000 diminta segera kemuka rayuan

April 27, 2021 · Isu semasa

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba meminta penjual burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir yang dikenakan kompaun RM50,000 untuk segera mengemukakan rayuan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melihat kes itu sebagai satu kes khusus dan perlu ditangani dengan segera.

KKM, katanya, amat prihatin dan memandang serius terhadap kes Wan Mohd Faisal yang mendapat perhatian dan simpati ramai itu.

“Mereka yang dikompaun sentiasa diberi peluang untuk mendapat keadilan dan dibenarkan untuk mengemukakan rayuan mengikut mekanisme yang disediakan

“Untuk itu, KKM akan membuat penilaian semula mengenai kes peniaga burger itu bagi mempertimbangkan sama ada akan diberikan pengurangan atau pengecualian sekiranya didapati ada asas yang munasabah,” katanya.

Dr Adham berkata, penguatkuasaan undang-undang dan tindakan mengenakan kompaun bertujuan mendidik dan bukan hukuman semata-mata.

“Orang ramai diminta memberikan kerjasama yang tinggi untuk sama-sama melindungi diri, keluarga dan masyarakat serta seterusnya membendung penularan Covid-19,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan peniaga burger, Wan Mohd Faisal, 38, dikenakan kompaun RM50,000 oleh pihak polis bagi kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan dan melakukan perbuatan secara berturut-turut.

Berita berkaitan
Kes curi REE : Kompaun RM500,000 bukan terhadap Sanusi : PTG Kedah
July 17, 2023· Isu semasa
PRU-15: Menteri, pemimpin digugur UMNO mungkin tanding bawah PAS
October 31, 2022· Politik
Kompaun tak pakai pelitup muka mungkin diperkenal semula: KKM
July 8, 2022· Isu semasa
25 kertas siasatan dibuka SPRM melibatkan perolehan pengurusan Covid-19
June 2, 2022· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok