Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB

June 12, 2022 · Isu semasa

Isu elaun elaun penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diterima oleh bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan tidak boleh diulas ketika ini.

KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata kes melibatkan Sidek yang menerima elaun tersebut kini masih dalam perbicaraan mahkamah dan beliau tidak dapat memberi sebarang maklum balas berhubung perkara  tersebut.

“Kita mahu dapatkan butiran mengenai perkara itu terlebih dahulu, saya tak dapat lagi buat masa ini. Tambahan pula kes berkenaan telah disebut di mahkamah, jadi tak sesuai untuk saya ulas.

“Insya-Allah sekiranya ada apa-apa yang diperlukan oleh pihak berkaitan, kita akan tengok nanti,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu diberitahu Sidek menerima elaun RM30,000 sebulan sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1MDB.

Sidek juga memberitahu 1MDB ditubuhkan sebagai dana politik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan beliau menjadi ahli lembaga penasihat 1MDB pada 30 Ogos 2010, dengan menerima bayaran sebanyak RM30,000 sebulan sebagai penasihat hingga Januari 2013, sebelum dikurangkan kepada RM10,000.

Pelantikannya oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibuat kerana beranggapan pendapatan Sidek sebagai KSN ketika itu “terlalu kecil”.

Susulan pendedahan tersebut, seorang pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mendesak Sidek meletak jawatan sebagai pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi menjaga nama baik dan reputasi badan itu.

Kit Siang berkata, penting bagi Sidek yang juga bekas KSN berbuat demikian selepas keterangannya dalam perbicaraan Najib Razak berkaitan 1MDB menimbulkan persoalan mengenai integritinya.

Sidek merupakan saksi pendakwaan ke-19 dalam kes rasuah dana 1MDB RM2.28 bilion melibatkan Najib.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
3 jam lalu· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok