Undang-undang larangan merokok generasi muda akan diperkenal

June 11, 2022 · Isu semasa

Malaysia berharap menjadi negara pertama di dunia yang menggubal undang-undang melarang aktiviti merokok terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005 (Generational End Game) apabila cadangan perundangan penting itu dibawa ke Parlimen bulan depan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata jika diluluskan dan dikuatkuasakan dengan berkesan ia boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik secara ketara dalam tempoh beberapa tahun akan datang, lapor Bernama.

“Sekiranya undang-undang ini diluluskan, rakyat Malaysia yang lahir selepas 2005 tidak akan dapat membeli atau menggunakan produk rokok lagi. Selesai.

“Tiada lagi aktiviti merokok dan tembakau. Ada pihak yang percaya bahawa pengharaman bukanlah jalan penyelesaian; Saya berazam untuk menjayakan usaha ini,” katanya dalam ucaptama bertajuk Future-Proofing Public Health Care di Singapura.

Khairy menyampaikan ucapan semasa Dialog Kepimpinan Pemikiran Kesihatan Awam yang diadakan di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 2 Jun ketika beliau berada di republik itu sebagai Felow Pertukaran Lee Kuan Yew.

Teks ucapan beliau telah tersedia kepada Bernama hari ini selepas NUS memuat naik video dialog itu di saluran YouTubenya.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
4 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok