PM putuskan tak perlu mesyuarat khas bahas lompat parti: Wan Junaidi

June 10, 2022 · Isu semasa

Tiada keperluan untuk kerajaan mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berkaitan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perkara itu diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Ketua Majlis, lapor Bernama.

Sebaliknya beliau berkata rang undang-undang berkaitan peruntukan larangan itu akan dibentang dan dibahaskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas 2022 bermula 18 Julai, sebelum disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pewarkahan dan pewartaannya.

Beliau berkata beberapa faktor telah dipertimbangkan semasa sesi perbincangan bersama Ismail Sabri, antaranya penjimatan kewangan kerajaan dalam melaksanakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara, yang dijangka boleh digunakan untuk perkara lain seperti membantu kelangsungan rakyat.

“Pada keseluruhannya jumlah kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan adalah kira-kira RM1,077,600 tidak termasuk kos operasi jika Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dan Dewan Negara diadakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu beliau berkata penyertaan ramai ahli Parlimen dalam lawatan ke luar negara ketika ini sehingga pertengahan Julai bagi mengikuti program anjuran Parlimen Malaysia yang tidak boleh ditangguhkan kerana ia melibatkan lain-lain pihak berkepentingan, termasuk dua Jawatankuasa Pilihan Khas iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi serta Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan.

Wan Junaidi berkata pembentangan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengikut takwim sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan datang akan memberi masa mencukupi untuk rang undang-undang itu diteliti Ahli Parlimen sebelum ia dibahas, dan katanya perkara itu tidak dapat dilaksanakan jika Mesyuarat Khas diadakan.

Beliau berkata jika Mesyuarat Khas diadakan, ia hanya dapat diadakan pada pertengahan Julai tahun ini memandangkan ketiadaan ramai Ahli Parlimen sebelum pertengahan bulan itu.

Menurut Wan Junaidi, Jawatankuasa Pilihan Khas menimbang Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 akan mengadakan mesyuarat terakhir dalam masa terdekat untuk mengesahkan penyata yang disediakan.

Penyata itu akan dibentang pada sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara berserta cadangan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berkaitan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti, katanya.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Popular
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
18 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok