Warisan dakwa pelawaan kerjasama DAP tak ikhlas

June 9, 2022 · Politik

Pelawaan DAP untuk bekerjasama dengan Parti Warisan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) telah dibuat secara tidak ikhlas, kata Ketua Penerangan Warisan Datuk Awang Ahmad Sah Sahari.

Dalam kenyataannya hari ini Ahli Parlimen Petagas itu berkata dalam menghadapi PRU-15, keikhlasan adalah suatu yang penting bagi Warisan, dalam mejalinkan sebarang kerjasama, lapor Bernama.

Beliau berpandangan ia suatu yang agak melucukan, apabila Setiausaha Agung parti itu Anthony Loke Siew Fook menyatakan bahawa DAP akan mempertahankan tiga kerusi Parlimen yang mereka menang di Sabah.

“…bukankah itu sudah meletakkan satu syarat (untuk kerjasama itu),” katanya.

Semalam Loke dilaporkan sebagai berkata kerjasama dengan Warisan untuk PRU-15 berkemungkinan tidak berlaku, kerana tidak mendapat sambuatan daripada parti itu dan menyatakan untuk bekerjasama, keikhlasan diperlukan daripada kedua-dua pihak.

Loke juga menafikan bahawa beliau angkuh apabila menyatakan bahawa DAP mahu mempertahankan kerusi Parlimen mereka pada PRU-15, iaitu Kota Kinabalu, Tenom dan Sandakan.

Sementara itu, Awang Ahmad turut menemplak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang Phoong Jin Zhe kerana menuduh Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai seorang yang hipokrit.

“Ada beberapa contoh sikap hipokrit DAP yang perlu ditonjolkan. Satu yang paling ketara ialah keenganan mereka untuk melaksanakan tuntutan Sabah ke atas 40 peratus hasil yang dikutip kerajaan Persekutuan pada ketika (Pengerusi DAP) Lim Guang Eng menjadi Menteri Kewangan.

“Kini mereka telah memfailkan tindakan undang-undang bagi mendapatkan pengisytiharaan bahawa formula itu masih terpakai. Satu waktu yang amat tidak sesuai. Kenapa sekarang ini ketika mereka menjadi pembangkang dan pilihan raya semakin hampir?,” katanya.

Awang Ahmad berkata terdapat juga contoh lain kegagalan DAP melaksanakan janji mereka kepada rakyat, bukan sahaja di Sabah tetapi kepada seluruh negara.

Semalam Phoong yang juga Setiausaha DAP Sabah, menyelar Mohd Shafie Apdal kerana menuduh parti itu angkuh ketika berunding kemungkinan bekerjasama untuk PRU15, dengan menuduh presiden Warisan itu sebagai hipokrit.

Pada 3 Jun, 13 wakil rakyat Sabah dari Pakatan Harapan memfailkan tindakan undang-undang untuk mendapatkan pengisytiharaan mengenai 40 peratus hasil hak Sabah yang diperoleh kerajaan Persekutuan dari Sabah setiap tahun.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Anwar, Nik Abduh hanya ‘ngeteh’
May 13, 2023
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
20 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok