Lelaki dipenjara lima bulan pukul isteri dengan kerusi

June 7, 2022 · Isu semasa

Tindakan seorang lelaki memukul isterinya menggunakan kerusi membawa padah apabila dia dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu ke atas A. Ramasamy, 48, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan ke atas L. Suria Mala, 44, dengan memukul menggunakan kerusi di bahagian kepala mangsa di sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Taman Intan Baiduri Kepong pada 6 petang Sabtu lepas, lapor Bernama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum atau denda atau sebat.

Mahkamah memerintahkan bapa kepada empat anak itu menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap, 4 Jun lepas.

Terdahulu, Ramasamy yang bekerja dalam industri pembekalan makanan merayu hukuman penjara paling minimum memandangkan dia yang berpendapatan RM1,700 sebulan perlu menyara isteri serta empat orang anak.

Timbalan Pendakwa Raya Amalina Johar memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok