Pemandu BMW rempuh sembilan kenderaan selepas diserang sawan

June 4, 2022 · Isu semasa

Seorang wanita yang patah hidungnya merupakan antara enam yang cedera dalam nahas melibatkan 10 kenderaan dirempuh pemandu yang diserang sawan, ketika menunggu lampu isyarat di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata insiden pada 9.14 malam itu berlaku, ketika semua mangsa sedang menunggu di simpang empat lampu isyarat Taman Chiptaco berhadapan sebuah pasar raya, lapor Bernama.

Katanya siasatan awal mendapati ketika sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau, sebuah BMW dipandu lelaki berusia 38 tahun yang turut berhenti, tiba-tiba diserang sawan menyebabkan dia tertekan pedal minyak.

“Keadaan itu menyebabkan kenderaannya meluncur laju sebelum merempuh beberapa kenderaan lain yang sedang berhenti di hadapannya.

“Pemandu berkenaan kemudian sekali lagi diserang penyakit itu, menyebabkan berlaku rempuhan kedua,” katanya dihubungi di sini hari ini.

Akibat insiden tersebut sembilan kenderaan lain dirempuh serta menyebabkan enam mangsa, iaitu pemandu dan penumpang berusia antara 20 hingga 73 tahun cedera ringan, termasuk pemandu Perodua Kenari wanita berusia 20 tahun mengalami patah hidung.

“Kesemua mangsa menerima rawatan di Zon Hijau dan Zon Kuning Hospital Melaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Wanita larikan bar emas ditahan polis di Melaka
November 8, 2023· Isu semasa
Tindakan akan diambil terhadap ADUN UMNO sertai program PN: Zahid
August 25, 2023· Politik
Kereta Jaguar tidak guna dana Yayasan Aman, kata Setpol Anwar
July 14, 2023· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok