Kereta Jaguar tidak guna dana Yayasan Aman, kata Setpol Anwar

July 14, 2023 · Politik

Kereta mewah jenis Jaguar XJ yang pernah digunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melibatkan dana Yayasan Aman, kata Ahmad Farhan Fauzi.

Setiausaha politik Perdana Menteri (PMX) tersebut memberi respon terhadap dakwaan kereta Jaguar XJ yang didaftarkan atas nama yayasan tersebut, sebaliknya menjelaskan kenderaan berusia 13 tahun adalah sumbangan kepada yayasan itu oleh seorang penyokong gerakan “reformasi” pada 2020.

“Ia (kereta itu) digunakan oleh Anwar semasa beliau tidak menjawat apa-apa jawatan di dalam pentadbiran kerajaan.

“Walaupun didaftarkan di atas nama Yayasan Aman, kos penyelenggaraan kereta tersebut berserta insurans dan cukai jalan adalah ditanggung oleh Anwar dengan menggunakan duit peribadi beliau dan tiada langsung dana dari Yayasan Aman digunakan untuk kenderaan tersebut,” kata Farhan menerusi satu kenyataan, hari ini.

Yayasan Aman adalah sebuah pertubuhan bukan berteraskan keuntungan yang komited untuk membantu masyarakat yang kurang bernasib baik; yang terpinggir di kawasan bandar dan luar bandar.

Ia ditubuhkan oleh Anwar pada 1983 – ketika dilantik sebagai menteri belia dan sukan dan setahun selepas dia dipilih sebagai wakil rakyat.

Farhan turut menjelaskan bahawa kereta jenis BMW 7 Siri yang sebelum ini digunakan Anwar juga dipinjamkan oleh seorang ahli perniagaan bumiputera.

“Ia adalah pinjaman ihsan seorang ahli perniagaan bumiputra yang digunakan untuk kempen pilihanraya (PRU15 pada 2022) semata-mata dan kenderaan tersebut telah dipulangkan kepada ahli perniagaaan tersebut sejurus selepas Anwar menerima kereta rasmi kerajaan,” katanya.

Semalam, Farhan membuat laporan polis terhadap anggota Bersatu Badrul Hisham Shaharin, bekas ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dan penulis blog Raggie Jessy Rithaudeen berhubung dakwaan mengenai rumah, kenderaan dan harta benda Anwar.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa rumah di Sungai Long yang didiami Anwar adalah milik “tauke Cina yang penuh misteri” dan mahu SPRM menjalankan siasatan.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Anwar, Nik Abduh hanya ‘ngeteh’
May 13, 2023
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
21 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok