Ringgit dibuka rendah berbanding dolar

May 31, 2022 · Isu semasa

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan kekurangan sokongan belian, walaupun terdapat pembetulan dalam indeks dolar AS atau DXY yang merosot lagi kepada 101.367 mata berikutan kedudukan terlebih beli pada masa yang tidak ditentukan, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.3710/3750 berbanding dolar AS daripada 4.3640/3685 pada Isnin, lapor Bernama.

Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dalam persekitaran dolar AS yang rendah, pasaran masih bimbang mengenai pendirian yang menyokong kadar faedah tinggi oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) dan bank pusat utama lain di seluruh dunia.

“Data inflasi terkini di Jerman, yang meningkat kepada 7.9 peratus pada April daripada 7.4 peratus pada bulan sebelumnya, menunjukkan bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) dijangka akan mengurangkan akomodasi dasar monetarinya tidak lama lagi untuk menurunkan inflasi,” katanya kepada Bernama.

Berdasarkan prestasi ringgit-dolar AS yang menggalakkan baru-baru ini pada RM4.3663, Mohd Afzanizam menjangka pasangan mata wang itu mungkin bergerak lebih dekat kepada paras sokongan segera pada RM4.34 berikutan mata wang tempatan telah berada dalam kedudukan terlebih jual untuk suatu tempoh.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1914/1948 daripada 3.1940/1976 pada Isnin dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.4100/4134 daripada 3.4289/4327.

Ia naik berbanding pound kepada 5.5123/5173 daripada 5.5192/5248 pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.6966/7009 daripada 4.6978/7027.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
13 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok