296 mangsa skim pelaburan raya ‘Datin Ida’ rugi hampir RM4 juta

May 28, 2022 · Isu semasa

Setelah melabur hampir RM4 juta dalam Skim Pelaburan Hari Raya menerusi talian, akhirnya 296 individu, terutama peniaga, menyedari bahawa mereka mungkin menjadi mangsa penipuan setelah keuntungan dijanjikan tidak diperoleh.

Susulan itu seorang wanita yang juga peniaga berusia 31 tahun membuat laporan kepada polis setelah dia melabur sehingga RM100,000 di dalam skim berkenaan, tetapi kemudian menyedari ditipu oleh ‘Datin Ida’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud, berkata mangsa dijanjikan akan menerima pulangan sebanyak RM55,000 dalam tempoh tiga hari sekiranya membuat pelaburan sebanyak RM30,000.

Katanya wanita berusia 31 tahun itu membuat laporan polis pada 6 Mei lalu, apabila pulangan dijanjikan selepas pelaburan dibuat tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan ‘Datin Ida’.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 22 April lalu apabila mangsa yang juga seorang wanita berusia 31 tahun menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu tidak dikenali menceritakan mengenai pelaburan berkenaan.

Beliau berkata, mangsa yang teruja dengan tawaran berkenaan membuat pelaburan sebanyak RM100,0000 seminggu sebelum raya yang kemudiannya dipanjangkan ke dalam kumpulan WhatsApp.

M Zambri berkata seramai 296 individu menjadi mangsa penipuan skim pelaburan hari raya membabitkan kerugian hampir RM4 juta.

“Ramai yang berminat untuk menyertai pelaburan itu dan sebanyak 296 individu telah menyertai skim pelaburan tersebut melibatkan nilai pelaburan oleh rangkaian bawahan pengadu sebanyak lebih kurang RM4 juta,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya mangsa telah menyerahkan semua kutipan wang kepada pihak yang menguruskan pelaburan melalui akaun yang diarahkan ‘Datin Ida’.

“Semua transaksi kemasukan wang oleh pengadu ada dalam simpanan pengadu. Hasil keuntungan pelaburan itu, pengadu turut diberi bonus daripada ‘Datin Ida’ sebanyak RM190,000 atas kutipan yang besar dalam tempoh singkat,” katanya.

Namun, menurut M Zambri sehingga hari ini mangsa masih tidak mendapat apa-apa pulangan daripada wang yang telah dilaburkan dan merasakan dirinya telah ditipu.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tidak masuk akal dalam tempoh singkat.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Filem Mat Kilau bakal jadi biopik terhebat alaf ini
June 25, 2022
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Saya tumpu pulihkan ekonomi negara, kata Tengku Zafrul
June 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
22 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok