Kanak-kanak tiga tahun hilang di rumah rakit Bukit Rangin

May 28, 2022 · Isu semasa

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun empat bulan didakwa hilang semasa berada di majlis hari raya anjuran keluarganya di rumah rakit di Bukit Rangin di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Siti Nur Athhiyya Soffea Mohamad Sukri dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya pada 11.15 malam.

Siti Nur Athhiyya Soffea yang merupakan anak tunggal memakai baju kurung berwarna merah di majlis itu.

“Bapanya mendakwa telah bertanya mengenai anaknya kepada semua tetamu yang hadir, namun tiada yang mengaku melihat kanak-kanak itu menyebabkan bapanya membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata usaha mencari Siti Nur Athhiyya Soffea giat dijalankan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dengan siasatan dijalankan mengikut semua kemungkinan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sungai dan sekitar tebing berhampiran rumah rakit itu pada 3.23 pagi tadi.

SAR diaktifkan dengan mengambil kira kemungkinan kanak-kanak itu terjatuh dari dua rumah rakit kepunyaan bapanya, yang mempunyai jambatan kayu di bahagian tengah untuk menghubungkan kedua-dua rumah tersebut.

“Pusat Gerakan Operasi telah menerima panggilan daripada Talian Kecemasan Negara 999 pada jam 03:23:52 berhubung kejadian itu.

“Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota telah diarah ke lokasi kejadian. Operasi mencari dan menyelamat diketuai oleh Ketua Balai Bomba Indera Mahkota, Roslan Mat Din bersama 19 anggota, termasuk Unit K9,” katanya.

Berita berkaitan
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Remaja, kanak-kanak jadi mangsa vape?
June 28, 2023· Isu semasa
Malaysia dicadang ikut Rusia, perkenal undang-undang anti-LGBTQ
June 12, 2023· Isu semasa
Popular
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Selepas 4 bulan jadi ADC PM, Ezanee mohon kembali bertugas bersama pasukan
April 18, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok