Ringgit pulih, tinggi sedikit hari ini

May 27, 2022 · Isu semasa

Ringgit pulih daripada penurunannya berbanding dolar AS untuk ditutup tinggi hari ini walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan meneruskan kempen kenaikan kadar faedahnya sepanjang tahun, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan mengukuh sebanyak 175 mata asas kepada 4.3775/3800 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3950/3990 pada Khamis, lapor Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun bank pusat AS itu dijangka agresif dalam mengetatkan monetarinya, Indeks Dolar AS (DXY) nampaknya mula lemah kerana ia berada di kedudukan terlebih beli bagi tempoh yang agak lama.

Sementara itu, Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata sentimen risiko terus bertahan dan dengan kelemahan dolar AS, mata wang Asia termasuk ringgit mencatatkan prestasi yang baik menuju ke hujung minggu.

“Harga minyak dijangka meningkat lebih tinggi berikutan kekurangan dari Rusia, oleh itu, ringgit juga mendapat rangsangan daripada peningkatan harga minyak,” katanya.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1962/1982 daripada paras penutup 3.1987/2018 pada Khamis, naik berbanding pound Britain kepada 5.5170/5201 daripada 5.5377/5427, meningkat berbanding euro kepada 4.6905/6932 daripada 4.7079/7122 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.4450/4472 daripada 3.4677/4712 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam
April 10, 2021
RM155 juta dilesapkan Macau Scam
June 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
9 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok