Harga barang naik: ‘Kerajaan seolah tidak peduli derita rakyat’

May 27, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Keluarga Malaysia disifatkan sebagai tidak proaktif dan mengabaikan keluhan rakyat yang kini dihimpit krisis kenaikan harga dan kekurangan bekalan makanan serta barangan keperluan harian.

Meluahkan kehampaan mereka kepada SatuBerita dalam tinjauan di sekitar Serdang, Selangor pada Khamis, mereka menuntut tindakan berkesan daripada kerajaan.

Seorang penduduk Sri Serdang, Siti Fatimah, 57 berkata, berasa amat sedih dan kecewa dengan apa yang sedang berlaku hari ini.

“Saya rasa Malaysia ni sudah… saya tak berani juga nak cakap, tapi pemimpin-pemimpin kita agak mengecewakan termasuk Perdana Menteri kita sendiri. Mereka tak pandang keadaan rakyat, ibarat masalah rakyat ini tak diselesaikan.

“Mereka perlu lebih banyak turun padang dan tengok keadaan rakyat. Banyak perkara yang rakyat tengah hadapi bukan setakat kenaikan harga barang. Mereka perlu lebih utamakan kita sebagai rakyat. Harga barang yang naik ni perlu dipantau, barangan itu semua keperluan harian,”katanya.

Peniaga kedai makanan, Thana Scegaran, 56 berkata, kenaikan harga hari ini sudah mencapai tahap tidak masuk akal.Menurutnya, kenaikan mendadak harga sayur-sayuran amat membebankan dia dan keluarga yang mengamalkan pemakanan vegetarian.

“Sayur terlalu mahal sekarang. Harga berapa helai sayur pun sudah berapa? Kami nak buat macamana?

“Kerajaan hanya cakap saja, tapi tidak buat. Apa yang dia janji nak buat, sepatutnya dia perlu buat. Harga barangan tak nampak penurunan langsung. Makin naik ada lah… Sememangnya rasa kesal sangat.

“Mereka hanya kawal harga gula dan tepung sahaja bila saya pergi pasar. Minyak masak pun makin naik harga,” luahnya.

Pesara bank, Zulkifli Ismail, 59 berkata, kerajaan perlu lebih agresif dalam menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak terutamanya pembekal yang mengambil kesempatan menaikkan harga.

“Tolong selidik apa yang sedang terjadi terutamanya pengeluar produk. Perlu stabilkan kembali harga barangan. Ini tiba-tiba sahaja naik. Malah, bekalan tiba-tiba putus. Saya bernasib baik ada kawan berniaga ayam mentah tolong carikan ayam,” ujarnya.

Pelajar universiti awam, Chan Yao Wen, 22, berkata, kenaikan harga barang telah mengganggu perbelanjaan hariannya, lebih-lebih lagi dirinya perlu menyewa rumah menjelang semester akhir dalam masa terdekat ini.

“Perbelanjaan saya meningkat ketara sebanyak dua hingga tiga kali ganda. Sebagai seorang pelajar, saya amat terbeban dengan perkara ini.

“Pengawalan harga barang itu tanggungjawab kerajaan, bukan rakyat. Kalau harga tak dikawal, pembekal dan penjual akan naikkan harga sesuka hati sahaja. Rakyat pula mahu tak mahu, tetap kena bayar,” katanya.

Seorang lagi mahasiswa, Aishah Sohimi, 20, berkata, dia mengakui agak terbeban apabila kini perlu membayar makanan tengah hari sehingga RM20 ekoran kenaikan harga barangan berkenaan.

“Sebagai pelajar, ia agak membebankan. Tambahan pula saya masih belum ada pendapatan. Tapi bagi orang dewasa pasti lebih menjejaskan mereka apabila gaji yang dibayar tidak selari dengan kenaikan harga.

“Saya juga masih belum jelas dengan strategi yang dibuat oleh kerajaan dalam menangani isu ini. Tetapi harga barangan perlu selari dengan pendapatan rakyat,” ujarnya. – Kredit SatuBerita, artikel ditulis Auzaee Athallah

Berita berkaitan
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Ramasamy berjaya kutip derma RM1.5 juta untuk bayar saman Zakir
November 9, 2023· Isu semasa
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok