Segerakan sidang bentang RUU Antilompat, gesa PH selepas Zuraida keluar

May 27, 2022 · Politik

Kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa mengadakan Sidang Khas Parlimen segera bagi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang sudah tertangguh beberapa kali sebelum ini.

Gesaan tersebut disuarakan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) selepas tindakan terbaharu Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin yang keluar Bersatu dan mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baharu ditubuhkan.

Dalam satu kenyataan, PH menuntut Perdana Menteri supaya menunaikan janji untuk membentangkan RUU tersebut.

“Maka janji itu harus ditunaikan. Selain RUU (antilompat parti), sidang khas parlimen ini juga harus membincangkan permasalahan dihadapi rakyat ketika ini antaranya kos sara hidup dan inflasi.

“Juga harus dibincangkan adalah mengenai pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesan beberapa pembelian untuk sektor perkhidmatan kesihatan negara ketika pandemik Covid-19 melanda, terpalit dengan rasuah.

“Justeru, Majlis Presiden (PH) menggesa perdana menteri untuk bertindak secepat mungkin bagi membolehkan kesemua perkara ini dibahaskan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu ditandatangani pimpinan tertinggi PKR, Amanah, DAP dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Sebelum ini, Zuraida yang juga menteri perusahaan perladangan dan komoditi mengumumkan keluar Bersatu dan menyertai PBM, namun menegaskan akan tetap menyokong Ismail Sabri.

Zuraida sebelum ini merupakan naib presiden PKR dan menyertai Bersatu selepas Langkah Sheraton.

Selain PH, UMNO juga menuntut RUU tersebut disegerakan.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan Zuraida itu seolah-olah sangat mudah kepada wakil rakyat di negara ini untuk bertukar parti mengikut selera dan cita rasa sendiri.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Ucapan 3R : PN akan lapor polis terhadap Guan Eng
July 9, 2023
PRU-15 nak tunggu apa lagi, gesa Zahid kepada Ismail Sabri
March 18, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok