PM kena tegas tak kekalkan Zuraida jadi menteri setelah lompat parti

May 26, 2022 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajar mengetepikan mana-mana Ahli Parlimen yang dilantik sebagai menteri, tetapi kemudian melompat parti.

Sebaliknya, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan Ismail Sabri memilih Ahli Parlimen yang setia terhadap parti untuk mengisi jawatan menteri yang ditinggalkan.

Justeru, beliau menggesa undang-undang antilompat parti disegerakan.

“Perdana Menteri perlu melihat perkara ini dengan serius dan tidak lagi berkompromi kepada mana-mana perbuatan melompat kemudian kekal jawatan menteri Kabinet.

“Ia sebahagian tanda sokongan terhadap ketegasan menangani isu lompat parti dalam kalangan wakil rakyat menjelang pelaksanaan undang-undang lompat.

“Ramai lagi Ahli Parlimen yang setia terhadap parti dan tidak melompat parti wajar dipertimbangkan untuk mengisi jawatan menteri yang dipegang oleh Zuraida,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas keputusan Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, setelah keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

“Insya-Allah, saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatan saya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,” kata Zuraida dalam kenyataan hari ini yang kekal menyokong kepemimpinan Ismail Sabri.

Mengulas lanjut, Zahid berkata tindakan Zuraida yang pernah keluar PKR kemudian menyertai Bersatu dan kini menjadi ahli PBM menunjukkan seolah-olah sangat mudah bagi wakil rakyat di negara ini untuk bertukar parti mengikut selera dan cita rasa sendiri.

Menurutnya tindakan melompat parti itu sudah pasti mengecewakan rakyat dan menunjukkan tiada kawalan terhadap wakil rakyat dan bebas berbuat apa sahaja.

“Tindakan ini sebenarnya menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap wakil rakyat dan parti politik semakin terhakis. Ia seolah-olah mempermainkan undi rakyat.

“Tidak mustahil tanpa pindaan undang-undang disegerakan krisis kepercayaan terhadap sistem demokrasi dan institusi politik akan menyebabkan kadar peratusan mengundi akan semakin rendah pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Shafie persoal kenapa Anwar selepas dibebaskan boleh bertanding pilihan raya pula
November 1, 2022
Dulu PH juga kata Azam Baki punca rosak institusi, kata PAS
May 13, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok