Kes semalam naik, dua kematian

May 25, 2022 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 24 Mei 2022) naik 374 kes berbanding jumlah yang direkodkan pada Isnin.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), dalam tempoh itu sebanyak 1,918 jangkitan baharu dilaporkan, berbanding 1,544 kes pada Isnin. Jumlah itu termasuk 22 kes import.

Angka itu menjadikan kumulatif positif sejak wabak Covid-19 melanda negara pada Januari 2020 sebanyak 4,494,782 kes, masih lagi pada kedudukan ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Vietnam dan Indonesia.

Daripada jumlah kes positif itu, seramai 4,434,195 pesakit telah sembuh, termasuk 2,124 yang pulih semalam, sementara 24,940 kes masih aktif.

Rekod laman sesawang CovidNOW KKM yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan 23,811 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 22 ditempatkan di PKRC; 1,075 dirawat di hospital; dan 32 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Laman sesawang Github KKM pula menunjukkan daripada 1,918 kes baharu itu, 1,330 kes melibatkan individu yang menerima dos penggalak; 403 kes (penerima dua dos); 161 (individu tidak divaksinasi); dan 24 kes individu belum lengkap vaksinasi Covid-19.

Sepuluh negeri merekodkan peningkatan jangkitan harian semalam berbanding Isnin, dengan Selangor masih menjadi negeri tertinggi mencatat kes baharu iaitu sebanyak 831 kes berbanding 828 pada Isnin.

Pada masa sama, KKM turut melaporkan dua lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di hospital di Johor.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian meningkat kepada 35,647 kes, termasuk 7,551 pesakit Covid-19 yang meniggal dunia di luar fasiliti kesihatan.

Tiada kluster baharu dilaporkan, namun 18 daripada 7,012 kluster Covid-19 yang dikesan sebelum ini, masih aktif, manakala selebihnya telah ditamatkan.

Dari segi kumpulan umur kematian pula, KKM memaklumkan sepanjang minggu lalu 28 pesakit meninggal dunia, termasuk tujuh kes membabitkan individu berusia 80 tahun dan ke atas.

Kematian lain melibatkan usia 50 hingga 59 tahun (enam kes); 70 hingga 79 tahun (lima kes); 60 hingga 69 tahun (empat kes); masing-masing dua kes bagi usia 40 hingga 49 tahun dan 30 hingga 39 tahun; dan masing-masing satu kes pesakit berusia 18 hingga 29 tahun serta lima hingga 11 tahun.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 24 Mei 2022.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
Selepas 4 bulan jadi ADC PM, Ezanee mohon kembali bertugas bersama pasukan
April 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok