Ketua Polis Dang Wangi pertahan tindakan majikan Cina tak digari

April 25, 2021 · Isu semasa

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mempertahankan tindakan tidak menggari majikan Cina yang memukul dua pengawal peribadinya hanya kerana berpuasa semasa dibawa ke mahkamah baru-baru ini.

Mohamad Zainal menjelaskan tertuduh tidak berada dalam tahanan polis dan dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk menghadiri pendakwaan kesnya.

“Suspek sudah diberi jaminan polis sebelum diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

“Maka kita tidak boleh menangkap semula dan menggari beliau atas kesalahan yang sama hanya semata-mata untuk tujuan dibawa ke mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata tiada layanan istimewa diberikan terhadap majikan Cina tersebut.

“Undang-undang telah menetapkan sedemikian bahawa tiada siapa yang boleh ditangkap atas kesalahan yang sama sepertimana yang termaktub di bawah artikel 7(2) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai suspek tidak memakai baju lokap ketika dibawa ke mahkamah.

“Kita telah mematuhi prosedur ditetapkan dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara A118 iaitu apabila banduan dibawa ke mahkamah hendaklah memakai pakaian dipakai semasa ditahan melainkan pakaian itu dijadikan barang kes,” katanya.

Majikan Cina berusia 43 tahun itu ditahan selepas membelasah dua pengawal peribadinya sehingga cedera teruk dan mengacukan senjata api dengan membuat ugutan terhadap mereka berdua.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hampir 7.6 juta dos vaksin sudah diberi
June 29, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok