Mata wang Singapura tertinggi sepanjang masa atasi ringgit semalam

May 24, 2022 · Isu semasa

Dolar Singapura mencecah paras tertinggi sepanjang masa berbanding ringgit pada Isnin (23 Mei), lapor Channel News Asia (CNA).

Dolar Singapura mencapai rekod tertinggi RM3.1964 pada 1.48 tengah hari Isnin, sebahagian besarnya disebabkan oleh pengukuhan dalam dolar Singapura kemudiaan susut kepada RM3.1950 pada akhir dagangan, menurut laporan berita itu yang memetik ketua analisis FX di MonFX, Simon Harvey .

“Sebaliknya faktor teknikal dasar monetari Singapura yang mencipta paras tertinggi ini sepanjang masa,” katanya dipetik sebagai berkata.

Analisis FX itu juga berkata sentimen di China juga mempengaruhi situasi tersebut.

Harvey berkata laporan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden sedang menimbang pemotongan tarif ke atas barangan China membantu menaikkan yuan ke paras tertinggi sejak 5 Mei.

“Dengan yuan memegang bahagian terbesar dalam bakul S$NEER Singapura, kenaikan dalam yuan mengheret dolar Singapura lebih tinggi juga apabila peniaga mata wang melihat untuk mengimbangi susut nilai dalam dolar Singapura berbanding yuan dengan mata wang lain,” katanya lagi.

Setakat 9.01 pagi hari ini, ringgit berada pada 3.1925/1955 berbanding dolar Singapura.

Bank pusat republik itu, MAS menggubal dasar monetari dengan menetapkan laluan bagi jalur dasar S$NEER – kadar pertukaran berkesan nominal dolar Singapura – untuk memastikan kestabilan harga dalam jangka sederhana.

Singapura mengetatkan pendirian dasar monetarinya pada April 2022 yang menjadi asas pembentukan polisi pada Oktober 2021 dan Januari 2022, bertujuan untuk memperlahankan momentum inflasi dan membantu memastikan kestabilan harga jangka sederhana.

Pada Isnin, Inflasi Teras MAS meningkat kepada 3.3 peratus bagi tahun ke tahun pada April 2022 daripada 2.9 peratus pada Mac, dipacu oleh inflasi yang lebih tinggi untuk makanan, runcit & barangan lain, serta elektrik & gas.

Lonjakan pada April dilaporkan adalah paras tertinggi sejak Februari 2012.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
7 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok