Lelaki miliki 15 permit rentas negeri kena tangkap

April 24, 2021 · Isu semasa

Polis menahan seorang lelaki dan merampas 15 keping permit pergerakan rentas negeri mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dipercayai palsu, awal pagi tadi.

Lelaki itu ditahan di Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur kira-kira jam 6.15 pagi tadi oleh anggota Balai Polis Sri Petaling yang dang melakukan rondaan cegah jenayah.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, anggota polis menahan sebuah kereta Honda City yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan telah menemukan sebanyak 15 keping dokumen permit PKPB disyaki palsu yang turut mempunyai tandatangan dan cop balai polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek, lelaki tempatan berusia 35 tahun dibawa ke hadapan Majistret Kuala Lumpur dan direman empat hari sehingga 27 April ini.

Anuar berkata, polis sedang menyiasat sama ada semua dokumen itu adalah untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 22(d) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) Pindaan 2021, katanya.

Berita berkaitan
Proses penamaan calon PRK Pulai dan Simpang Jeram berjalan lancar: Polis
August 26, 2023· Politik
PRN Selangor: Polis terima 65 laporan
August 5, 2023· Politik
Operasi besar-besaran tangkap PATI akan bermula: Menteri KDN
June 30, 2022· Isu semasa
Kerajaan mansuh AP import makanan serta-merta, pastikan bekalan cukup
May 18, 2022· Isu semasa
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok