Perbincangan elak tiga penjuru wajar diusahakan semua parti: Muhyiddin

May 20, 2022 · Politik

Semua parti wajar duduk semeja berbincang bagi mengelakkan pertembungan banyak penjuru pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) yang kelak bakal mengundang padah kepada rakyat dan negara.

Gesaan itu dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana sekiranya berlaku senario pertembungan banyak penjuru akan mengakibatkan golongan kleptokrat dan kluster mahkamah akan kembali berkuasa.

“Persoalannya bersediakah kita nak duduk? Apakah asas yang mereka nak bincang, nak runding dan bilakah dapat diputuskan perkara itu supaya naratif yang kita nak buat difahami oleh semua.

“Kalau tak faham nanti orang kata ini apa pasal buat macam ni? Kenapa dia lawan dia?

“Pada saya setakat ini belum ada pertemuan rasmi atau perbincangan yang nak dibuat.

“Saya fikir ada wajar juga usaha ini dapat diberi perhatian oleh semua pimpinan parti-parti terlibat,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di Pagoh, hari ini.

Muhyiddin mengulas tentang perkembangan rundingan antara PN dan parti-parti lain termasuk Pakatan Harapan (PH) sebagai persediaan menentang BN pada PRU-15.

Beliau turut mengesahkan bahawa masih belum ada inisiatif rasmi berhubung perkara itu dan setakat ini, mereka masih ‘meninjau kemungkinan-kemungkinan’.

“Tetapi itu belum sampai ke satu tahap yang dikatakan sudah selesai atau mendapat keputusan,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Pagoh itu senada dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyarankan agar pembahagian kerusi antara parti-parti komponen PN diselesaikan segera.

Beliau berpandangan, langkah itu membolehkan jentera dan pimpinan parti-parti dalam PN membuat persiapan awal memandangkan mereka sudah tahu siapa yang akan bertanding.

“Jadi kalau kita boleh selesaikan awal masalah itu boleh kita atasi supaya tidak mengganggu usaha kita untuk memenangi PRU-15,” ujarnya.

Muhyiddin bimbang masalah akan berlaku sekiranya calon diumumkan pada saat-saat terakhir sehingga menyebabkan isu-isu berbangkit tidak dapat diselesaikan.

“Ia akan membawa kesan kepada keputusan pengundi yang keluar sama ada menang atau kalah.

“Bagi saya, elok runding sekarang. Bila pilihan raya tak tahu lagi,” katanya.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Popular
Pemuda PKR pula desak Ramasamy dipecat dari kerusi Timbalan KM
February 12, 2023
2/3 kerusi ketua cabang di Selangor dikuasai #KitaSemuaKEADILAN
May 29, 2022
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023
Gelombang sokongan rakyat terhadap PN luar biasa
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok