Notis petrol bersubsidi akan dipamer di pintu sempadan: KPDNHEP

May 15, 2022 · Isu semasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mempertimbangkan cadangan pengusaha stesen minyak agar notis larangan pembelian petrol RON95 melibatkan kenderaan asing diletakkan di pintu masuk sempadan negara.

Ketua Setiausaha KPDNHEP Azman Mohd Yusof berkata perkara itu merupakan satu cadangan yang baik dalam usaha mengelakkan kenderaan asing mengambil kesempatan mendapatkan petrol bersubsidi berkenaan yang dikhaskan untuk warganegara Malaysia.

“Notis awal yang dipamerkan ini dapat disediakan dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Thai supaya pengembara luar dapat melihat maklumat awal sebelum masuk ke negara.

“Kita akan cuba melihat dari sudut keberkesanan pelaksanaan itu terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya selepas turun padang bagi lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) di Padang Besar, Perlis hari ini.

Memetik Bernama, Azman berkata bagi tempoh bermula 1 Januari sehingga April tahun ini, sebanyak 94 kes penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi di pintu sempadan negara telah direkodkan oleh KPDNHEP dengan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM7.88 juta.

“KPDNHEP memandang serius isu ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi terutamanya yang berlaku di pintu-pintu sempadan negara memandangkan ia memberi impak kerugian besar kepada negara,” katanya.

Azman berkata bagi keselamatan anggota KPDNHEP, pihaknya berpandangan terdapat keperluan buat anggota penguat kuasa agensi berkenaan dilengkapi dengan fasiliti kawalan sempadan sewaktu menjalankan tugas.

Katanya terdapat juga perancangan bagi membekalkan senjata api kepada anggota penguat kuasa KPDNHEP tertentu selaras dengan lokasi mereka bertugas.

“Buat masa ini perlu ada kajian terlebih dahulu bagi melihat berapa banyak keperluan senjata api diperlukan dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP), lesen, peruntukan dan lain-lain lagi.

Kita juga berhasrat untuk minta peruntukan bagi penyediaan kenderaan bermotor untuk memudahkan anggota menjalankan tugas namun perkara ini perlu dikaji terlebih dahulu,” katanya.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Subsidi ditamatkan, jangan risau harga ayam tidak akan naik
November 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok