Tiada ahli Exco terlibat dalam komplot singkir KM Melaka

May 15, 2022 · Politik

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan Ahli Exco Negeri terlibat dalam komplot mendesak Datuk Seri Sulaiman Md Ali meletak jawatan Ketua Menteri Melaka.

Malah, katanya usaha pihak tertentu untuk melaga-lagakan Sulaiman dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, disifatkannya ibarat `duri dalam daging’.

Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu berkata beliau cuba mengelak daripada memberi ulasan berhubung tindakan melaga-lagakan Sulaiman dan Ab Rauf, tetapi perbuatan itu semakin menjadi-jadi.

“Tidak pernah sekelumit pun sepanjang saya menjadi Exco kerajaan negeri ada usaha yang meminta kami untuk menukar kepimpinan kerajaan negeri dari mana-mana pihak.

“Maka dakwaan untuk meminta ketua menteri meletakkan jawatan adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas kerana ia tidak pernah langsung berlaku dan dibincangkan bersama kami wakil rakyat.

“Kami tidak pasti pula jika ia dibincangkan bersama dengan ketua bahagian dan pemangku ketua bahagian yang bukan wakil rakyat untuk menukarkan kepimpinan ketua menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Dr Muhamad Akmal yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka meminta lembaga disiplin parti mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba memecahbelahkan UMNO Melaka.

“Dan sepengetahuan saya, kerajaan negeri dan ketua menteri ini dibentuk dan dipilih oleh wakil rakyat dan bukannya dipilih oleh ketua bahagian mahupun pemangku ketua bahagian yang bukan wakil rakyat.

“Jadi saya harap kepada pihak yang suka melaga-lagakan orang ini janganlah jadi seperti sudu lebih dari kuah. Kita nak terus bekerja untuk rakyat. Biarkan politikus ini dengan labu labunya,” katanya.

Media kelmarin melaporkan UMNO Bahagian Alor Gajah mencadangkan Sulaiman segera dilantik sebagai Pengerusi UMNO Melaka dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang baharu menggantikan Ab Rauf.

Cadangan itu disuarakan Rospandi yang mahu jawatan itu digantikan dengan Sulaiman, susulan timbul spekulasi gerakan menyingkirkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu, baru-baru ini.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Pemuda PKR pula desak Ramasamy dipecat dari kerusi Timbalan KM
February 12, 2023
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023
Gelombang sokongan rakyat terhadap PN luar biasa
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok