Pemandu lori mengaku tidak salah samun penyampai berita

May 13, 2022 · Isu semasa

Seorang pemandu lori sambilan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan merompak seorang penyampai berita televisyen, Khairul Rizuan Azizan minggu lepas.

Muhammad Qayyum Mazlan, 32, yang memakai kemeja-T dan berseluar pendek bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Jamaludin Mat, lapor Bernama.

Lelaki itu didakwa merompak sebuah beg berjenama Fossil bernilai RM500 dan wang tunai RM100 daripada Khairul Rizuan, 34, di tepi jalan berhampiran Exclusive Perdana, Damansara Perdana di sini pada 3.40 petang, 5 Mei lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim manakala tertuduh diwakili peguam Kailash Sharma.

Terdahulu, Norhashimah memohon mahkmah supaya tidak menawarkan jaminan dengan alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin serta ia kesalahan serius kerana melibatkan kerugian harta.

Norhashimah juga bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan memandangkan kes tersebut tular serta mendapat perhatian umum.

Kailash bagaimanapun memohon jaminan dibenarkan kerana anak guamnya penanggung tunggal keluarga serta mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan tahun yang masih bersekolah.

“Meskipun kesalahan berada di bawah pertuduhan yang tidak boleh dijamin, mahkamah boleh menggunakan budi bicara untuk memberi ikat jamin kepada tertuduh mengikut Seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah, melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Hakim kemudian menetapkan 20 Jun ini bagi sebutan semula kes itu.

Sebelum ini, satu rakaman video berdurasi 30 saat tular di media sosial memaparkan mangsa cuba mengejar dan menangkap suspek dalam insiden rompakan itu.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok