Nanta nafi memihak kepada AirAsia

May 13, 2022 · Isu semasa

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan dakwaan bahawa beliau memihak kepada syarikat penerbangan AirAsia dalam isu kelewatan penerbangan syarikat itu baru-baru ini.

Nanta berkata pihaknya memahami isu berkaitan syarikat penerbangan tertakluk di bawah Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), lapor Bernama.

Bagaimanapun, Nanta berkata beliau dan kementeriannya mengambil langkah proaktif apabila menerima aduan daripada pengguna berkaitan isu kelewatan penerbangan dan tuntutan mereka terhadap syarikat terbabit.

“Disebabkan aduan dibuat kepada KPDNHEP dan di atas dasar kementerian ini yang prihatin dan menjaga hal ehwal pengguna, saya telah berhubung dengan syarikat AirAsia bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan masalah yang menimpa pengguna.

“Tuduhan yang mengatakan saya memihak kepada AiraAsia adalah tidak wajar dan saya berharap ia dapat dihentikan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Nanta berkata beberapa kenyataan telah dikeluarkan di platform sosial media bagi berkongsi hasil libat urus bersama AirAsia termasuk hasil dan inti pati pertemuan antara KPDNHEP dengan pengurusan tertinggi AirAsia petang tadi.

Beliau berkata kenyataan yang dibuat tidak menyebelahi pihak AirAsia, malah beliau sendiri telah mendesak syarikat itu untuk memberi keutamaan kepada kebajikan pengguna yang terjejas dan terkesan.

Berita berkaitan
Muhyiddin sangkal fitnah kaitkan dengan MYAirline
October 18, 2023· Isu semasa
Kerajaan tak dedah kos belanja penerbangan PMX
May 23, 2023· Politik
Menteri Sarawak kata MP DAP dungu isu penerbangan butik
April 20, 2023· Isu semasa
Dakwaan Presiden MCA harga tiket penerbangan tak betul: Menteri DAP
April 16, 2023· Isu semasa
Popular
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
2 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok