Kes tunggakan cukai: Najib, anak dapat kebenaran merayu

May 10, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin boleh merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kes cukai tertunggak, masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.

Ini susulan keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang membenarkan Najib dan Mohd Nazufuddin sebagai pemohon merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu, lapor Bernama.

“Adalah keputusan sebulat suara kami bahawa keperluan Seksyen 96 (a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 telah dipenuhi dari segi Lampiran 1 (Usul untuk kebenaran merayu),” kata Tengku Maimun yang bersidang bersama hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Seksyen 96 (a) dan (b) akta itu menyatakan bahawa kebenaran hanya akan diberikan oleh Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan dalam kausa sivil yang melibatkan soal prinsip am yang diputuskan buat kali pertama atau persoalan kepentingan yang menjadi hujah lanjut dan keputusan Mahkamah Persekutuan adalah untuk faedah awam atau daripada apa-apa keputusan tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan termasuk kesahihan undang-undang bertulis yang berkaitan dengan peruntukan sedemikian.

Bekas perdana menteri dan anak lelakinya memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan terhadap penghakiman terus yang diperoleh LHDN untuk mendapatkan lebih RM1.7 bilion tunggakan cukai daripada mereka.

Dua Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus bagi memperoleh semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin, bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada 9 Sept 2021 untuk mengetepikan penghakiman terus itu.

Mahkamah Rayuan bagaimanapun membenarkan permohonan mereka untuk menangguhkan perintah penghakiman terus itu sementara menunggu pendengaran permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.

Dalam kes sivil, pihak litigasi mesti mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum mereka boleh meneruskan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib dan Nazifuddin berhujah bahawa tindakan LHDN itu berniat jahat dan jelas responden (LHDN) berusaha untuk memufliskan anak guamnya walaupun sebelum Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) boleh mendengar merit pembelaan mereka terhadap taksiran cukai tambahan yang dikemukakan terhadap mereka.

LHDN diwakili oleh Timbalan Peguamcara Hasil Dr Hazlina Hussain manakala peguam Anand Raj dari Badan Peguam Malaysia bertindak sebagai ‘amicus curiae’ atau sahabat mahkamah.

Sementara itu, seorang lagi peguam Najib dan Mohd Nazifuddin, Wee Yeong Kang ketika dihubungi berkata mereka akan memfailkan notis rayuan secepat mungkin.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok