14,536 kemalangan, 154 kematian dalam sembilan hari Op Selamat 18

May 8, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 14,536 kemalangan membabitkan 154 kematian direkodkan di seluruh negara sepanjang tempoh sembilan hari Op Selamat 18 dilancarkan sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata daripada jumlah itu sebanyak 148 kemalangan maut turut dicatatkan di seluruh negara.

“Statistik kemalangan Op Selamat 18 meningkat dua peratus berbanding Op Selamat 15 pada 2019 dengan catatan kemalangan sebanyak 14,250 iaitu 142 daripadanya membabitkan kemalangan maut dengan 151 kematian.

“Bagi operasi kali ini, penunggang dan pembonceng motosikal antara penyumbang kematian tertinggi sebanyak 88 kes. Selain itu, kematian membabitkan kereta turut meningkat kepada 38 kes berbanding 34 kes pada Op Selamat 15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Razarudin berkata, bagi hari kesembilan Op Selamat 18, sejumlah 1,551 kemalangan dicatatkan dengan Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan 284 kemalangan, diikuti Johor (273) dan Perak (152).

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 kes maut membabitkan empat kematian di Selangor, tiga di Kedah, dua di Negeri Sembilan dan Sarawak serta satu kematian di Perak dan Terengganu,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, sebanyak 296,814 saman telah dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan hari Op Selamat 18.

“Ia adalah peningkatan sebanyak 100,414 saman bersamaan 51 peratus, berbanding saman dikeluarkan pada Op Selamat 15 iaitu 196,400 saman.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 212,469 saman dikeluarkan kerana melebihi had laju, melanggar lampu isyarat (3,613 saman), memotong barisan (2,903 saman), menggunakan alat komunikasi (1,712 saman), memotong di garisan berkembar (1,080 saman) dan memandu di lorong kecemasan (735 saman),” katanya.

Menurutnya kemalangan mengikut jenis jalan pula direkodkan sebanyak 1,551 di lebuh raya, jalan persekutuan (3,141), jalan negeri (2,928) jalan bandaran (5,625) dan jalan lain-lain (1,291).

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok