Pemilihan PKR: Rafizi berdepan saingan sengit team Saifuddin-Amirudin

May 7, 2022 · Politik

Ketika bekas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendapat sokongan anak presiden parti yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar bagi merebut jawatan Timbalan Presiden, pesaingnya kini membentuk satu lagi pasukan yang dilihat bakal memberi cabaran sengit.

Dalam suasana kempen pemilihan yang semakin panas, calon Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bekerjasama dengan calon Naib Presiden parti itu yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Ketika pelancaran #KitaSemuaKeadilan hari ini, kedua-duanya berkata hubungan antara ahli parti tidak boleh retak, tidak kira siapa yang menang.

“Keadilan dibina atas keterangkuman dan keupayaan ahli partinya,” kata Saifuddin ketika berucap pada majlis itu.

Setiausaha agung PKR yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu menceritakan 23 tahun beliau bersama parti sebelum menjelaskan mengapa pentingnya pemilihan diadakan sekarang.

Beliau berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR telah memutuskan semasa mesyuaratnya pada 20 Februari bahawa sejak Langkah Sheraton 2020, beban kepimpinan parti telah jatuh sepenuhnya kepada Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pemimpin kanan parti lain sama ada keluar atau bercuti.

“Jangan hancurkan silaturahim kita, bermakna pemilihan harus sihat dan segar supaya kita boleh memilih yang terbaik antara yang baik,” katanya seperti dilapor media tempatan hari ini.

Sementara itu, Amirudin juga mengambil pendirian yang sama sambil berkata bahawa ahli parti harus memilih pemimpin setia yang kekal dan melindungi parti selepas ia “dikhianati” semasa Langkah Sheraton.

“Kami bertanding atas semangat ukhuwah (persaudaraan) dan setiakawan. Kami membuat pemilihan berdasarkan rekod prestasi.

“Mereka yang tabah menghadapi ujian, bijak, tenang dan pemain berpasukan serta menjalankan amanah urus tadbir secara menyeluruh.

“Sudah lebih dua tahun sejak Langkah Sheraton. Ramai juga dalam dewan ini dicemuh sebagai pengkhianat. Bagaimanapun, kami bersabar dan tabah dalam membuktikan kebolehpercayaan kami,” katanya.

Calon lain bagi jawatan naib presiden yang hadir pada majlis itu ialah penyandang Ketua Penerangan PKR dan Naib Presiden Datuk Seri Samsul Iskandar Md Akin; Pengarah komunikasi PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Abdullah Sani Abd Hamid; Ahli Parlimen Alor Setar Chan Ming Kai; dan ADUN Sentosa Datuk G. Gunaraj.

Calon Ketua Pemuda PKR Adam Adli Abd Halim dan calon Ketua Wanita Senator Fadhlina Sidek turut hadir, begitu juga bekas Naib Presiden Tian Chua dan Datuk R. Sivarasa.

Pemilihan PKR akan diadakan secara berperingkat di negeri mulai 17 hingga 22 Mei ini.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
8 jam lalu· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok