Ambil peluang lindungi anak sebelum PICKids ditutup: Khairy

May 7, 2022 · Isu semasa

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin meminta ibu bapa supaya mengambil peluang melindungi anak masing-masing daripada ancaman Covid-19 memandangkan pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dos pertama hanya tinggal lapan hari sebelum ditutup pada 15 Mei ini.

“Ambillah peluang untuk melindungi anak anda dari Covid-19, Sindrom Keradangan Pelbagai Sistem dalam Kanak-Kanak (MIS-C) dan komplikasi lain akibat jangkitan.

“Lebih 1.5 juta kanak-kanak sudah dicucuk di Malaysia. Terbukti selamat!” katanya menerusi hantaran di akaun Twitter hari ini.

Menurut laman sesawang CovidNOW, sebanyak 1,542,513 kanak-kanak atau 43.4 peratus daripada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat semalam.

Setakat semalam juga, sejumlah 894,826 atau 25.2 peratus kanak-kanak daripada kumpulan umur yang sama di Malaysia telah lengkap menerima vaksin di bawah PICKids.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,896,056 atau 93.1 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,993,641 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata bayaran akan dikenakan bagi suntikan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak selepas PICKids ditamatkan pada 15 Mei ini.

Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (CITF-C) sebelum ini mengumumkan pemberian dos pertama di bawah PICKids hanya akan diberikan hingga 15 Mei dan tidak lagi ditawarkan selepas tarikh akhir berkenaan memandangkan permintaan rendah vaksinasi boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi.

Selepas tarikh itu, vaksin yang diberikan adalah secara berbayar dan jenis yang diberikan ialah Sinovac.

Program PICKids tidak dapat dipanjangkan kerana melibatkan tarikh luput vaksin, penghantaran daripada pengeluar selain terdapat usaha memperoleh lebih banyak ubat antiviral.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
18 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok