AG perlu perjelas kepada rakyat isu selesai kes saman Apandi Ali: Tun M

May 7, 2022 · Isu semasa

Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Peguam Negara (AG) Tan Sri Idrus Harun tampil memberi penjelasan berhubung langkah penyelesaian di luar mahkamah kes saman bekas AG Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap dirinya dan kerajaan, kepada rakyat.

Bekas Perdana Menteri itu yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata penjelasan Idrus hanya melalui surat kepadanya tidak dapat mengelak kegusaran awam mengenai perkara itu.

“Ya, saya terima surat daripada dia (Idrus Harun). Biasanya surat itu rahsia. Saya tak boleh cakap, sepatutnya dia beritahu kepada orang ramai.

“Saya tak terima dia punya penjelasan. Baik Peguam Negara sekarang, Apandi pun saya tak terima,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Hotel Mercure, di Langkawi, hari ini.

Memetik laporan media tempatan hari ini, Dr Mahathir berkata sepatutnya perkara itu turut dibawa ke mahkamah bagi membolehkan masyarakat awam menilai pihak mana yang bersalah.

“Sepatutnya pergi ke mahkamah, tengok betul ke tidak tuduhan kononnya kita buang secara tidak mengikut undang-undang atau pun peraturan.

“Sebab sebelum ini kita kerap kali buang pegawai yang tidak jalankan tugas dengan baik, kita memang keluarkan daripada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, antara tindakan yang pernah diambil termasuk memberi cuti, menempatkan pegawai secara sementara di jabatan lain sebelum menamatkan perkhidmatannya.

“Tindakan seperti itu bukan baharu dan untuk Apandi sahaja, malah orang lain pun kena, tetapi orang lain tak ada buat tuntutan.

“Malah, kita nampak dia berat sebelah sebagai AG, sepatutnya dia tak boleh memihak kepada mana-mana pihak,” katanya.

Dr Mahathir menegaskan kerajaan tidak sepatutnya membayar pampasan kepada bekas AG itu, kerana tindakan dikenakan terhadapnya mengikut peraturan ditetapkan.

Terdahulu hari ini, Bernama melaporkan Idrus memberitahu beliau telah memaklumkan kepada Dr Mahathir mengenai terma penyelesaian berkaitan saman yang difailkan Apandi terhadap bekas perdana menteri itu dan kerajaan Malaysia.

Beliau berkata berikutan penyelesaian itu, plaintif iaitu Mohamed Apandi, telah menarik balik tindakan undang-undangnya berhubung penamatan kontraknya sebagai AG.

Idrus berkata mahkamah kemudiannya membatalkan tuntutan plaintif tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

Berita berkaitan: AG kata sudah beritahu Dr Mahathir terma penyelesaian saman Apandi

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok