AG kata sudah beritahu Dr Mahathir terma penyelesaian saman Apandi

May 7, 2022 · Isu semasa

Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun hari ini memberitahu beliau telah memaklumkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai terma penyelesaian berkaitan saman yang difailkan Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap bekas perdana menteri itu dan kerajaan Malaysia.

Beliau berkata berikutan penyelesaian itu, plaintif iaitu Mohamed Apandi, telah menarik balik tindakan undang-undangnya berhubung penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara (AG).

Idrus berkata mahkamah kemudiannya membatalkan tuntutan plaintif tanpa kebebasan untuk memfailkan semula, lapor Bernama.

“Saya hanya boleh mengesahkan bahawa Tun (Dr Mahathir) menulis baru-baru ini untuk mendapatkan maklumat mengenai syarat penyelesaian. Saya sudah menjawab untuk memaklumkan kepadanya syarat penyelesaian,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara itu.

Semalam Dr Mahathir, menerusi hantaran di laman Facebooknya melahirkan rasa terkejut dan tidak bersetuju dengan cara kes saman itu yang diselesaikan di luar mahkamah dan mendakwa beliau tidak dimaklumkan mengenai terma penyelesaian walaupun merupakan saksi utama dalam kes tersebut.

“Saya menulis kepada Peguam Negara (Idrus). Saya berasa kerajaan tidak sepatutnya tunduk memandang bahawa tindakan penamatan perkhidmatan Mohamed Apandi mengikut semua urusan dan kuasa yang ada pada kerajaan.

“Semasa saya beri keterangan kepada pihak Peguam Negara bagi persediaan kes saman Mohamed Apandi terhadap saya, saya telah dimaklum bahawa proses penamatan perkhidmatan itu betul dan mengikut prosedur dan Rule of Law,” katanya.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut membangkitkan persoalan sama ada pampasan perlu dibayar jika tindakan penamatan perkhidmatan Mohamed Apandi dibuat mengikut undang-undang.

Beliau juga mempersoalkan mengapa terma penyelesaian itu dirahsiakan kerana rakyat berhak mengetahuinya lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan pampasan.

Dr Mahatir juga menegaskan tidak mengaku bersalah dan bersedia untuk tuntutan Mohamed Apandi diadili di mahkamah.

Pada 13 April lepas, Mahkamah Tinggi di sini membatalkan saman itu selepas kerajaan bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut tanpa sebarang pengakuan liabiliti dan terma-terma penyelesaian tidak boleh didedahkan.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 18, 20, 21 dan 22 April 2022 untuk perbicaraan kes saman tersebut.

Berita berkaitan
Kes saman Zahid-Dr Mahathir ditetapkan pada November tahun ini
March 24, 2023· Politik
Mahkamah benar pasport diserah kepada Rosmah buat sementara
March 21, 2023· Isu semasa
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
March 21, 2023· Isu semasa
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Tak patut lantik Asyraf Wajdi jadi pengerusi MARA: Pakar ekonomi
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
17 minit lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
32 minit lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
49 minit lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
1 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok