Individu godam akaun Twitter MCMC pada 2014 sudah berhenti kerja

April 23, 2021 · Isu semasa

Siasatan kes akaun Twitter Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berdepan kekangan ekoran individu terlibat sudah berhenti kerja dengan agensi tersebut, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata pihaknya sedang meneliti kemungkinan meminta bantuan pihak berkuasa luar bagi melengkapkan siasatan kes ciapan tidak senonoh di akaun Twitter rasmi MCMC yang dilakukan sekitar 2014 itu susulan kekangan untuk melengkapkan siasatan tersebut.

“Saya telah melihat laporan itu. Jawatankuasa itu telah membuat siasatan yang komprehensif dan mendalam. Namun, jawatankuasa itu ada kekangan kerana ada individu yang dikatakan terlibat tidak lagi bertugas di MCMC dan jawatankuasa tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat.

“Jadi saya telah arahkan KSU (Ketua Setiausaha) KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek untuk melihat kemungkinan meminta bantuan daripada pihak berkuasa di luar KKMM untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya lapor Bernama hari ini.

Saifuddin berkata demikian kepada media selepas sesi libat urus secara maya bersama syarikat teknologi terkemuka iaitu Google, Microsoft, Facebook dan Amazon.

Pada Januari lepas, kecoh di media sosial mengenai beberapa hantaran jelik di akaun twitter rasmi MCMC sehingga menyebabkan suruhanjaya itu terpaksa menggantung akaun itu buat sementara waktu.

Susulan itu juga, satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kes itu.

Sementara itu, Pengerusi MCMC Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata pihaknya telah selesai menjalankan menyiasat berhubung kes berkenaan dan laporannya juga telah dihantar kepada KKMM.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok