Duduk bincang masa depan rakyat, bukan bincang hanya soal pilihan raya: Hamzah

April 30, 2022 · Politik

Semua parti politik perlu bersikap terbuka untuk duduk berbincang bersama-sama bagi menentukan masa depan rakyat, kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata perbincangan antara parti politik bukan hanya menumpukan soal untuk menang pilihan raya semata-mata, malah tanggungjawab lebih besar menanti dalam menentukan hala tuju negara.

“Untuk kepentingan rakyat ini biarlah kita mempunyai sikap yang terbuka. Maknanya apa? Maknanya kita boleh duduk, bincang semata-mata untuk menentukan masa depan rakyat.

“Jadi selalunya kita membincangkan perkara-perkara seperti ini, bukan hanya nak membincangkan soal pilihan raya, tapi nak membincangkan soal kepentingan bagaimana nak menentukan masa depan negara yang lebih baik, cara mana, strategi bagaimana…

“Apa semua itu harus difikirkan bersama-sama kalau benar-benar mahu berkecimpung dalam politik,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Iftar ala Madinah peringkat Parlimen Tangga Batu anjuran Bersatu Bahagian Tangga Batu, di Dewan Kompleks Sukan Komuniti Krubong di Melaka, malam tadi.

Hadir sama Naib Presiden Bersatu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Mengulas mengenai idea kerjasama ‘khemah besar’ Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, Hamzah berkata semua parti politik mempunyai pandangan yang berbeza-beza mengenai perkara tersebut.

Katanya apa yang penting adalah matlamat dan tujuan berpolitik adalah demi kepentingan rakyat.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023
Azalina cemar nama baik institusi perundangan negara, kata PN Selangor
August 29, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok