PATI cuba masuk sempadan semasa perayaan, kata polis

April 29, 2022 · Isu semasa

Polis tidak menolak kemungkinan pendatang tanpa izin sedang berusaha untuk memasuki sempadan negara ketika musim perayaan ini.

Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata kawalan ketat akan diteruskan pada Hari Raya ini bagi mengawal sempadan negara daripada dibolosi pendatang asing mahupun penjenayah, lapor Bernama.

“Tidak dinafikan, Malaysia ini tempat mereka (pendatang) datang untuk mencari rezeki kerana mungkin mereka susah di negara sendiri. Jadi usaha untuk masuk ke negara kita ini memang sentiasa ada.

“Cuma, kita tidak tahu setakat mana mereka berani untuk masuk ke sini tetapi kawalan tidak pernah dilonggarkan walaupun hendak beraya kerana anggota tetap perlu bertugas,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja ke Markas Taktikal (MARTAK) Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Kayu Hitam bagi menyampaikan sumbangan raya kepada petugas PGA yang bertugas di sempadan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok