Tahanan Rohingya lolos depot imgresen di Kedah dikesan di Selayang

April 28, 2022 · Isu semasa

Terdapat pelarian Rohingya yang lari dari Depot Tahanan Imigresen Relau di Bandar Baharu, Kedah dikesan berada di sekitar Selayang dan usaha mengesan lokasi sebenar tahanan terbabit sedang dilaksanakan dengan kerjasama polis.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata mereka yang masih bebas dipercayai mahir selok-belok kawasan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur kerana pernah bekerja dan berada di sini sebelum ini, lapor Bernama.

“Orang tempatan mungkin tidak membantu mereka, tetapi komuniti mereka di sini terdapat kemungkinan sangat tinggi membantu tahanan itu,” katanya kepada pemberita selepas serbuan Imigresen di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini seramai 61 tahanan masih bebas.

Dalam kejadian pada 20 April lepas, 528 tahanan di depot tersebut merusuh sebelum melarikan diri dan enam daripadanya maut akibat dirempuh kereta ketika cuba melintas jalan di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Mengulas Operasi Belanja di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini, Khairul Dzaimee berkata seramai 248 pendatang tanpa izin ditahan susulan aduan dan rungutan orang ramai mengenai warga asing berniaga secara haram di tepi jalan berhampiran pasar itu.

Khairul Dzaimee berkata daripada jumlah yang ditahan itu, seramai 205 adalah lelaki manakala baki 43 adalah wanita.

“Daripada 248 itu, 109 orang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) manakala 139 lagi tidak mempunyai sebarang dokumen sah terdiri daripada warga Pakistan, India, Myanmar, Indonesia dan Bangladesh,” katanya.

Beliau berkata Imigresen turut mengesan tiga warga Pakistan mempunyai kad UNHCR walaupun negara itu bukan negara yang tersenarai untuk penggunaan kad terbabit.

“Semakan mendapati kad berkenaan tulen. Kami akan melakukan siasatan lanjut bagaimana tiga warga Pakistan itu boleh mempunyai kad UNHCR,” katanya.

Berita berkaitan
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Imigresen tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen warga Afrika
November 4, 2023· Isu semasa
Muhyiddin sangkal fitnah kaitkan dengan MYAirline
October 18, 2023· Isu semasa
MYAirline henti operasi serta-merta, berdepan tekanan kewangan
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
13 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok