SPRM pertahan siasatan terhadap hakim kerana ia kepentingan awam

April 28, 2022 · Isu semasa

Langkah menyiasat Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dibuat kerana ia melibatkan kepentingan awam, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM tampil mempertahankan keputusan mengumumkan Nazlan sedang disiasat walaupun berdepan kritikan banyak pihak yang mendakwa badan itu bertindak atas campur tangan politik memandangkan hukuman ke atas Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan oleh hakim tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM berkata mereka diberikan kuasa untuk menyiasat kes jenayah rasuah bawah Akta SPRM 2009.

Katanya, pegawai badan awam termasuk anggota pentadbiran, anggota parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri serta hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan.

“Berdasarkan prosedur, suruhanjaya ini bertanggungjawab untuk mengesahkan dan menyiasat sesuatu laporan atau aduan rasmi yang telah dibuat kepada SPRM melibatkan perkara-perkara di bawah bidang kuasanya,” kata SPRM.

Jelas SPRM lagi, selaras dengan prinsip pengasingan kuasa, kertas siasatan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk memutuskan sama ada pendakwaan akan dibuat.

“SPRM juga telah mempunyai rekod menyiasat hakim yang mana kertas siasatan berkaitan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuat penilaian,” katanya.

Dalam pada itu, SPRM berkata keputusan menyiasat Nazlan dibuat susulan mereka menerima aduan yang dibuat oleh individu tertentu tetapi tidak menamakannya.

“Berhubung siasatan terhadap hakim tersebut, SPRM telah menerima satu aduan pada 15 Mac 2022 disusuli dua lagi aduan pada 23 dan 27 April 2022.

“Siasatan ini masih berada di fasa awal dan melibatkan kepentingan awam,” katanya lagi.

SPRM juga berkata apabila sesuatu siasatan dijalankan terhadap mana-mana individu, ia tidak bermakna individu tersebut telah melakukan kesalahan.

“Sehubungan itu, SPRM memohon masyarakat umum memberi ruang untuk proses siasatan dijalankan mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Selain ahli politik pembangkang, Badan Peguam Malaysia turut mengkritik siasatan itu atas alasan melanggar doktrin pengasingan kuasa dan menjejaskan kebebasan badan kehakiman.

Nazlan, ketika menjadi Hakim Mahkamah Tinggi pada 2020, menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu. Najib sedang merayu kes itu di Mahkamah Persekutuan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
23 jam lalu· Isu semasa
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
42 minit lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok