Awas sindiket jualan pakaian raya tidak wujud guna media sosial

April 26, 2022 · Isu semasa

Polis mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada ketika melakukan pembelian secara dalam talian susulan wujud sindiket penipuan jualan pakaian dan kelengkapan bagi menyambut Aidilfitri sekarang ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata pihaknya mengesan sindiket itu yang aktif melakukan penipuan dengan mengiklankan penjualan pakaian dan kelengkapan hari raya dalam media sosial.

Menurutnya polis telah menerima 22 laporan kes penipuan jualan pakaian dan kelengkapan bagi sambutan hari raya dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini melibatkan kerugian RM19,773.

“Menyedari wujudnya permintaan tinggi untuk mendapatkan pakaian serta kelengkapan hari raya, sindiket dikesan mulai aktif melakukan penipuan dengan mengiklankan penjualan pakaian dan kelengkapan hari raya yang tidak wujud di media sosial.

“Melalui siasatan sindiket ini akan menggunakan platform media sosial bagi mengiklankan barangan mereka, namun setelah bayaran dibuat, barangan yang dibeli tidak diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada membuat pembelian melalui platform atau penjual yang meragukan.

Mohd Kamarudin berkata orang ramai boleh menghubungi Scam Response Centre Jabatan Siasatan Jenayah Komersial melalui talian 03-26101559 atau 03-26101599 serta portal https://semakmule.rmp.gov.my/ bagi membuat semakan berkaitan nombor akaun bank dan nombor telefon yang mungkin digunakan untuk aktiviti jenayah.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tips keselamatan makanan semasa banjir
March 2, 2022
 ‘Hilang’ daripada laman web, CEO Yayasan Peneraju dipecat?
May 2, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok