Banjir kilat, KL tenggelam

April 25, 2022 · Isu semasa

Banjir kilat melanda beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang hari ini berikutan hujan berterusan sejak jam 3 petang tadi, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim.

Menurutnya 11 laluan dinaiki air setakat jam 5 petang tadi dengan enam laluan masih boleh dilalui iaitu Jalan Pahang, Jalan Dewan Bahasa, Jalan Sultan Ismail, Bulatan Sultan Hishamuddin, Jalan Pudu (berhampiran UTC Pudu) dan Jalan Mahameru.

Beliau berkata trafik di enam laluan tersebut masih perlahan dan tiada kerosakan dilaporkan setakat ini, sementara lima laluan lain iaitu Jalan Segambut, Jalan Parlimen, Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Abdul Halim dan Jalan Travers tidak boleh dilalui.

“Keadaan air banjir kilat sekarang semakin surut,” katanya memetik laporan Bernama.

Terdahulu, Polis Kuala Lumpur memuat naik beberapa keping gambar menerusi laman Facebooknya yang memaparkan anggota pasukan itu sedang membersihkan saliran longkang yang tersumbat bagi memastikan air banjir dapat surut dengan segera.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian banjir kilat pada 3.51 petang.

Menurutnya, jentera dari tujuh balai melibatkan 42 anggota bergegas ke lokasi kejadian iaitu di Jalan Segambut Dalam, Kampung Masjid; Jalan Sentul Pasar Dalam; Jalan Maarof, Bangsar; Lembah Pantai (Lebuhraya Sprint); Jalan Kuching; PSN Beruas, Bukit Damansara; Jalan Kasipillay dan Jalan Parlimen.

“Terdapat seorang wanita yang berjaya dibawa keluar oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Gombak kerana kereta mangsa berada dalam arus banjir, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan di lokasi lain.

“Keadaan air surut selepas 30 minit anggota berada di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Hujan lebat berterusan sejak 3 petang tadi menyebabkan beberapa laluan di sekitar ibu negara dinaiki air dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas, namun tiada kerosakan dilaporkan setakat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di seluruh negara hingga 5 dan 6 petang hari ini.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok