Bukit Aman siasat ASP tiktok dalam operasi di pusat hiburan

April 25, 2022 · Isu semasa

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman diarah membuat siasatan secara menyeluruh berhubung seorang pegawai polis wanita membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok ketika operasi di sebuah pusat hiburan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan namun meminta JIPS melakukan siasatan dalaman.

Beliau berkata tindakan pegawai polis wanita yang mengetuai operasi berkenaan membuat TikTok secara langsung adalah tidak wajar, lapor Bernama.

“Untuk apa dia (pegawai polis wanita) buat siaran langsung TikTok semasa operasi? Perkara itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Sementara itu Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata pihaknya sudah mengambil maklum dan siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang dijalankan.

“JIPS akan menyiasat dari segi prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan oleh Narkotik (Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik) semasa serbuan. Maksud saya adakah peraturan secara umum membenarkan (membuat siaran langsung TikTok).

“Siasatan dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Ini adalah aduan dan arahan pertama kali JIPS terima kerana ia lain daripada kesalahan sebelum ini seperti anggota menari ketika beruniform,” katanya.

Berhubung arahan larangan penggunaan media sosial ketika bertugas, Azri berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut dan pihaknya akan meneliti semula bentuk arahan itu.

Media melaporkan pada Ogos 2020 PDRM pernah mengeluarkan arahan melarang pegawai kanan dan pegawai rendahnya memuat naik perkongsian peribadi semasa berpakaian seragam di platform media sosial.

Azri berkata pihaknya menerima banyak kecaman daripada netizen yang mengkritik tindakan pegawai polis wanita berkenaan yang disifatkan mencemarkan imej PDRM dan dibuat semata-mata atas tujuan publisiti.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi satu minit 38 saat yang memaparkan pegawai wanita berpakaian jaket seragam operasi PDRM berpangkat ASP menerangkan tentang sebahagian skop kerjanya menjalankan serbuan dan pemeriksaan.

Berita berkaitan
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Bukit Aman panggil Ratu Naga ambil keterangan esok
October 29, 2023· Politik
Muhyiddin sangkal fitnah kaitkan dengan MYAirline
October 18, 2023· Isu semasa
MYAirline henti operasi serta-merta, berdepan tekanan kewangan
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
11 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
11 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok