Bersatu sedia bincang dengan parti lain pastikan BN hadapi satu lawan satu

April 24, 2022 · Politik

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi memastikan Barisan Nasional (BN) berdepan saingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Tanpa menamakan mana-mana parti, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ketika ini parti itu masih pada peringkat awal rundingan bagi menawarkan formula “menang-menang” antara mereka supaya dapat mencapai agenda berkenaan.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata persefahaman antara parti politik itu penting bagi mengelak perpecahan undi seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini, lapor Bernama.

“…dalam pertemuan awal (antara parti) sudah ada petanda yang agak memberangsangkan, mereka ada persediaan untuk berbincang cuma kita belum selesai lagi cara macam mana hendak bentuk satu persefahaman untuk mengelakkan pertembungan.

Kalau matlamat kita yang penting untuk negara, maka pimpinan parti lain seharusnya boleh berfikiran sama dan mereka sudah menunjukkan reaksi yang agak positif tapi belum lagi kita perhalusi untuk macam mana cara jalinan kerjasama itu hendak dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Bersatu di sini malam ini.

Jumaat lepas, Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata gabungan itu bersedia untuk berunding dan berbincang dengan mana-mana parti politik untuk bekerjasama dalam menghadapi PRU ke-15.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menggesa kepimpinan PH untuk tidak terus menutup ruang perbincangan bersama semua parti politik blok pembangkang menjelang PRU15.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata isu kerjasama antara PH dengan PN tidak sepatutnya timbul memandangkan PN masih sebahagian daripada blok kerajaan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Dulu PH juga kata Azam Baki punca rosak institusi, kata PAS
May 13, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok